Loading...

pemuda pas kelantan terpaksa mengajar pada kumpulan kurang ajar

Loading...

Pas perlu praktik politik matang, sejahtera
Penganalisis politik, Dr Rosdi Omar
Dr Rosdi.

KOTA BHARU - Pas perlu mengkaji balik konsep politik matang dan sejahtera kerana amalan itu nampaknya tidak dipraktikkan pemimpin parti itu terutama di Kelantan.

Penganalisis politik, Dr Rosdi Omar berkata, disebabkan pengabaian itulah punca berlakunya kekecohan pada ceramah Pas 'Husam Lari Debat Baiah' tiga hari lalu.

"Pemuda Pas Kelantan perlu dididik, diberi tazkirah lebih lagi tentang cara-cara berpolitik secara matang dan sejahtera bahkan perlu cuba hindar politik beremosi dan dendam," katanya kepada Sinar Harian.


Mengulas lanjut, Rosdi yang juga Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, sewajarnya Pas mengelak menggunakan tajuk yang berbentuk provokatif dalam setiap ceramahnya.

Katanya, lebih rasional jika tajuk ceramah itu yang boleh memberi manfaat kepada rakyat dan berfokus serta tidak menggunakan nama individu untuk dihentam.

"Bila ini berlaku maka akan timbul lah perasaan tidak puas hati dalam kalangan pihak lawan," katanya.

Dalam masa yang sama Rosdi menegur cara Pas menjemput seseorang dan bagi beliau ia perlu dibuat secara jujur dan terbuka bahkan bukan melalui media sosial kerana itu memperlihatkan ketidakmatangan berpolitik.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "pemuda pas kelantan terpaksa mengajar pada kumpulan kurang ajar"

Posting Komentar