Loading...
Oleh Che Ibrahim Mohamed
Isu Sumpah dan Bai'ah Talak Tiga adalah satu privacy dan rahsia besar antara calon calon Pas yang bertanding di Kelantan dengan Pas. Arwah TGNA sendiri sepanjang hayatnya tidak pernah mengaku kewujudan Bai'ah dan Sumpah Talak Tiga tersebut dan mendakwa ianya ditimbulkan oleh mereka yang dengki dengan Pas.
Isu Sumpah dan Bai'ah Talak Tiga adalah satu privacy dan rahsia besar antara calon calon Pas yang bertanding di Kelantan dengan Pas. Arwah TGNA sendiri sepanjang hayatnya tidak pernah mengaku kewujudan Bai'ah dan Sumpah Talak Tiga tersebut dan mendakwa ianya ditimbulkan oleh mereka yang dengki dengan Pas.
Bai'ah dan Sumpah serta Taklik adalah perkara berkaitan hukum syarak yang tertakluk kepada perselisihan pendapat dan dan perbezaan maslahat. Malangnya ada pihak yang hanya mahu dan memaksa semua orang lain hanya menerima kehendak dan keputusan mereka dan menolak serta enggan menerima pandangan dan keputusan pihak lain.
Keputusan fatwa berkaitan perkara ini yang telah dikeluarkan oleh JKuasa Fatwa Negeri Perlis atas permohonan bertulis oleh Dato Haji Husam Musa, walaupun tidak mengikat pemakaiannya oleh negeri lain kerana sekatan Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Negeri, bukannya bermakna hukum tersebut tidak terpakai dan ditolak di sudut hukum syarak. Halangan pemakaian fatwa tersebut ialah kerana undang undang, bukan kerana hukum syarak. Berapa banyak fatwa fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terdahulu diterimapakai dan diamalkan di Malaysia wpun fatwa tersebut asalnya dikeluarkan di Mesir, Saudi, Kuwait dll.
Tentunya fatwa tersebut telah dikaji secara mendalam oleh pakar pakar ilmu Islam yang diyakini tahap pengajian dan penguasaan ilmu dan thiqah mereka pada pandangan Pihak Berkuasa Agama Negeri sebelum ianya diwartakan sebagai fatwa rasmi.
Tuduhan YB Dato Nassuruddin Hj Daud bahawa pelanggaran taklik tersebut telah berlaku talak tiga, wpun bertaraf Exco Agama bagi Kerajaan Islam Kelantan, bukan satu pandangan yang berauthoriti dan boleh diterima, lebih lebih lagi bila status pengajiannya sendiri tidak diyakini oleh masyarakat kerana masih gagal menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Pertama (BA) di Universiti Al Azhar, Mesir.
Apa yang disiarkan melalui media bahawa Ketua Hakim Syarei Kelantan, Dato Haji Daud Muhammad telah memberi pandangan bahawa talak tersebut telah jatuh tidak boleh diterima pakai kerana ianya mungkin telah disiarkan secara salah oleh media dan telah bercanggah dengan etika hakim dalam Islam.
Keputusan hakim hanya terpakai dan dianggap sah bila ianya dibuat dalam mahkamah dan setelah mendengar keterangan keterangan dari pihak yang berkenaan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
Saya yakin andainya satu permohonan pengesahan taklik berkaitan isu ini difailkan di Mahkamah Syariah, Hakim Syarei akan mempertimbangkan perkataan " MAKA AKAN TERTALAKLAH ISTERI ATAU ISTERI ISTERI SAYA DENGAN TALAK TIGA" sebagai satu kesamaran yang boleh menyebabkan taklik tersebut tidak jatuh talak.
Perkataan " AKAN TERTALAK" membawa erti perceraian tersebut tidak akan berlaku serta merta, bahkan tidak diketahui bila talak tiga tersebut akan berlaku selagi suami tidak menceraikannya. Jadi lafaz taklik tersebut tidak menyebabkan isterinya tertalak sebaik shj beliau melanggar bai'ah, tetapi tergantung kepada tempoh yang majhul yang tidak diketahui.....yakni akan tertalak, bila jatuh talak? Tak tahu bila.
Loading...
0 Response to "PENJELASAN BAI'AH DAN SUMPAH TALAK TIGA ADUN/ADR PAS KELANTAN."
Posting Komentar