Loading...

PERMINTAAN YANG ANIH DARI WAN AZIZAH

Loading...
RUU 355: PKR perlu penjelasan lanjut
RUU355
 
PKR hanya akan menyokong pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, atau. RUU355 sekiranya menerima penjelasan yang secukupnya daripada kerajaan.

Menurut Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memberikan penerangan dengan lebih terperinci lagi dan perlu memastikan RUU355 ini perlu memenuhi prinsip keadilan dan menepati Perlembagaan Persekutuan.

"Sekiranya tidak dapat jawapan yang jelas, PKR tidak sokong di parlimen," katanya ketika diwawancara Sin Chew Jit Poh.

Menurut beliau, buat masa sekarang, PKR masih keliru dengan usul ini kerana pada mulanya ia dibawa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 24 November lalu, tetapi tidak dapat dibahaskan sebelum pembentangannya diambil alih oleh kerajaan. 

"Presiden Pas telah bentangkan sebanyak dua kali di parlimen tetapi tidak dibahaskan. Sebenarnya, pindaan mengenai hukuman yang dicadangkan beliau terlalu berat...Sebab itu kami ingin tahu dengan lebih lanjut. 

Kami tidak boleh setuju dengan sewenang-wenangnya, perlu kaji secara mendalam lagi," kata Wan Azizah.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PERMINTAAN YANG ANIH DARI WAN AZIZAH"

Posting Komentar