Loading...
Sumber foto: FMT |
Esoknya, anak kita mengadu perkara yang sama dan begitu juga hari seterusnya.
Apakah yang harus anda lakukan? Ok, bagaimana jika cikgu melaporkan anak anda mengganggu, memukul atau mencederakan kanak-kanak lain hampir setiap hari?
Pertama sekali adakah anda sedar ia berkait rapat dengan masalah buli?
Anak saya pernah dibuli sehingga cedera dan mendapat 4 jahitan di dahi ketika di tadika. Mujur ibu bapa kanak-kanak melawat anak saya dan meminta maaf.
Sumber foto: FMT |
“Kalau kamu terus bersikap begini, saya terpaksa hantar kamu pada pihak polis,” kata ibu itu kepada anaknya yang baru berusia 5 tahun.
Beliau akui anaknya mempunyai masalah “berkawan”.
“Dia nak berkawan tetapi pendekatannya kasar. Minta maaf sangat-sangat,” kata ibu dan bapa kanak-kanak yang mencederakan anak saya.
Hari ini seorang teman sekerja mengadu anak perempuannya selalu diganggu rakan sekelas. Ditolak dan dicekik sekal, diejek beberapa kali.
“2 kali dia minta duit daripada anak saya. Baru hari ini saya dapat tahu,” kata rakan sekerja saya itu.
“Mereka masih muda, mungkin main-main, terkena secara tak sengaja. Apapun, kena didik anak supaya tidak bertindak ganas,” katanya.
Mungkin benar tetapi mengambil ringan isu ini boleh memakan diri sendiri, pembuli mahupun mangsa.
Seorang lagi ibu yang hanya mahu dikenali Asyikin berkata, beliau peka dengan masalah buli dan sentiasa berhati-hati.
“Biasanya ibu bapa hanya dapat tahu anak seorang pembuli atau mangsa apabila diberitahu pihak sekolah, itu pun jika kes tersebut berat.
“Sebagai ibu bapa, jika anak saya pembuli saya akan cari punca mengapa dia berbuat demikian, menghantarnya mengikuti kem motivasi dan melebihkan didikan agama,” katanya.
Tetapi jika anak menjadi mangsa buli, selain berhubung terus dengan pihak sekolah atau menghantar anak ke kem motivasi, Asyikin akui dia tidak teragak untuk menukar sekolah.
“Saya juga akan berjumpa dengan pembuli untuk mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku,” kata ibu tersebut.
Pakar Kriminologi dan Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohammad Rahim Kamaluddin ketika dihubungi FMT berkata, isu ini tidak sepatutnya dipandang remeh kerana ia asas kepada pelbagai masalah sosial kelak.
“Hanya kerana ia melibatkan kanak-kanak kecil, kita tidak boleh tidak mengendahkannya. Kanak-kanak pembuli atau mangsa buli harus dididik dan diberi tunjuk ajar supaya perkara ini tidak dibawa sepanjang proses mereka membesar,” jelasnya.
“Bukan saja pembuli, mangsa juga boleh terkesan secara negatif. Jadi ambil tindakan jika anak anda mengadu walaupun masih di bangku sekolah,” katanya.
Menurut Rahim, ibu bapa perlu ada kesedaran terhadap tingkah laku anak bukan sekadar menilai ikut prestasi akademik.
“Anak saya pandai, berada di kelas ‘A’ jadi tiada masalah” – itu teori yang salah.
Bawa anak berbincang dan nyatakan keburukan perlakuan mereka, tunjuk kesilapan mereka dan pupuk sikap empati.
“Letak pembuli di tempat mangsa dan tanya pendapatnya.”
“Bagi mangsa buli, minta dia berkomunikasi secara terbuka supaya mereka tidak menyembunyikan apa-apa daripada anda,” ujarnya.
Katanya kalau mahu tahu anak anda seorang pembuli, tips di bawah mungkin membantu:
1. beria-ria untuk ke sekolah
2. pulang lewat dari sekolah
3. bersikap dominan / menguasai
4. menggunakan kekuatan fizikal (saiz badan) dan kuasa (ketua darjah)
5. suka memanggil rakan menggunakan perkataan gelaran (Contoh: Saidin jadi sardin)
Jika anak anda mangsa buli, awasi perkara ini:
1. senyap dan berdiam diri (kerana takut)
2. mempunyai tingkah laku yang pelik
3. enggan ke sekolah, ponteng
4. selalu mengadu sakit perut (mungkin duit dirampas pembuli)
Selain itu, apabila menerima aduan dari pihak sekolah atau ibu bapa lain mengenai kelakuan anak, Rahim menasihati supaya ibu bapa tidak bersikap terlalu “melindungi”.
“Elemen ‘melindungi’ memberi peluang dan kuasa kepada anak untuk tidak menyedari kesalahan tetapi mengulanginya. Kebanyakan ibu bapa sekarang enggan menerima hakikat sebenar. Mereka dalam ‘denial’,” katanya.
Kajian kes Rahim juga menunjukkan membuli khususnya di peringkat kanak-kanak bermula sebagai mainan suka-suka melibatkan elemen lisan, fizikal, seksual, emosi ataupun siber.
“Kanak-kanak percaya mereka hanya bermain, mangsa fikir mereka dipermainkan, tetapi jika tidak dikawal ia boleh menjadi menjadi masalah buli yang serius,” ujar Rahim memberi amaran.
Sumber: FMT
Loading...
0 Response to "'Anak saya main-main saja, bukannya membuli...'"
Posting Komentar