Loading...
PDRM nafi dakwaan Korea Utara
Noor Rashid Ibrahim
KUALA LUMPUR - Polis Malaysia menafikan dakwaan rakyat Korea Utara, Ri Jong-chol, yang sebelum ini ditahan dalam siasatan terhadap pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, kononnya beliau menjadi mangsa pakatan yang didakwa untuk merosakkan kehormatan negaranya.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata polis hanya menjalankan tugas dalam menyiasat segala aspek kes itu.
Jong Chol, 47, telah ditahan bagi memudahkan siasatan terhadap pembunuhan Kim Jong-nam pada 13 Februari di KLIA2 tetapi telah dihantar pulang semalam kerana kekurangan bukti.
"Dia (Jong-Chol) boleh buat apa sahaja kenyataan tetapi polis buat kerja mengikut prosedur yang ditetapkan dan telah membebaskan beliau kerana tiada bukti kukuh," katanya kepada Bernama.
Bercakap di Beijing dalam perjalanan pulang ke Korea Utara, Jong-Chol dilaporkan menuduh penyiasat Malaysia menggunakan tekanan bagi memaksanya membuat pengakuan.
Noor Rashid menafikan ini. - Bernama
Loading...
0 Response to "BANGSA MATA CEPET TAK BOLEH DIJADIKAN KAWAN"
Posting Komentar