Loading...

Jong-chol dakwa jadi mangsa konspirasi Malaysia

Loading...
ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
BEIJING: Warga Korea Utara, Ri Jong-chol yang telah dihantar pulang ke negaranya mendakwa dia merupakan mangsa konspirasi pihak berkuasa Malaysia ekoran penahanannya berhubung kematian Kim Jong-nam, lapor Rueters.
 
Lelaki itu turut mendakwa penahanannya merupakan suatu 'plot' untuk `merosakkan maruah negaranya'.
 
Jong-chol, 47, turut menuduh para penyiasat Malaysia menggunakan paksaan dalam usaha untuk mendapatkan pengakuannya.
 
"Jika saya terima semuanya, mereka akan menyediakan kehidupan yang baik untuk saya di Malaysia dan ini menyedarkan saya bahawa ini adalah perangkap untuk menjatuhkan maruah negara saya," katanya di luar pejabat kedutaan Korea Utara di sini.
 
Jong-chol dihantar pulang ke negaranya selepas tempoh tahanan reman sejak 18 Februari lalu berakhir semalam.  
 
Lelaki itu turut disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia.
 
 
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jong-chol dakwa jadi mangsa konspirasi Malaysia"

Posting Komentar