Loading...
POLITIK NIZAR BUTA KAYU, CER PAKAI AKAL BUAT
KAJIAN, PAN PARTI BARU, AHLI BERAPA EKOR ? BERSATU PARTI BARU, AHLI BERAPAEKOR ?
PKR KEKUATANNYA BERGANTUNG PADA PAS,
DAP BOLEH DIKATAKAN PARTI TUNGGAL
YANG PUNYA KEKUATAN SOLID
SO DIMANA INFAK ?
RAKYAT DAH TAHU PAKATAN HARAPAN TINGGAL HARAPAN, JADI KUDA BOLEH LA !
-Pak Karamu-
Penyertaan Bersatu beri impak besar di Perak
Mohammad Nizar
IPOH - Amanah Perak yakin penyertaan Parti Bersatu ke dalam Pakatan Harapan memberikan kesan dan impak besar menjelang PRU akan datang.
Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Perak adalah antara negeri yang akan menerima impak tersebut menjelang PRU akan datang.
"Ditambah dengan kehadiran beberapa tokoh besar Bersatu ke Perak seperti Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sudah tentu akan memberikan kesan besar di sini," katanya dalam kenyataan hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kerjasama rasmi mudahkan gerak kerja pembangkang]
Bersatu secara rasmi baru-baru ini mengumumkan penyertaannya menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan.
Mahathir bagaimanapun mencadangkan supaya gabungan itu diberi beberapa pembaharuan.
Mohammad Nizar dalam masa sama tidak menafikan usaha menyekat dan cubaan menghalang kehadiran tokoh-tokoh Bersatu ke tanah Perak.
"Ini menandakan bahawa BN dan sekutunya begitu cemas dan bimbang kehadiran tokoh Bersatu ini ke Perak khasnya dalam tempoh yang terdekat ini.
"Bagi Amanah Perak, kerisauan dan ketakutan kehadiran tokoh Bersatu yang pernah berjasa kepada negara ini yang kini bersama Pakatan Harapan yang menjadi lawan utama BN pada PRU14 nanti dan fokus menumbangkan BN nanti adalah agenda utama bagi rakyat Perak khususnya," katanya lagi.
Loading...
0 Response to "KESIAN MELAYU SETELAH BERJAYA DIPECAH-PECAHKAN"
Posting Komentar