Loading...
MASALAH AGAMA BIARLAH DIKELOLAKAN OLEH ORANG AGAMA, PAS JANGAN SESEKALI MENGHARAPKAN KEPADA ORANG LAIN MELAKUKANNYA
ASAL TUGAS TU DARIOPADA PAS, MAKA PAS BERTANGGUNGJAWAB MELAKUKANNYA. KITA TIDAK BOLEH MENGHARAPKAN KERJA KITA ORANG LAIN SELESAIKANNYA
KITA TIDAK NAFIKAN MEMANG ADA ORANG LAIN YANG BERMINAT MEMBANTU AKAN TETAPI MEREKAPUN TERIKAT DENGAN MASALAH DALAMAN MEREKA, DEMIKIAN JUGA KITA
OLEH SEBAB ITU KITA BUAT APA YANG KITA RASA TERBAIK. SOAL MEREKA NAK SOKONG ATAU TENTANG TERPULANG PADA MEREKA,POKOKNYA KITA TELAH BERUSHA DEMI AGAMA
KITA IKUT JALAN KITA, MEREKA IKUT JALAN MEREKA, DI AKHIRAT BIAR TUHAN TENTUKAN
-Pak Karamu-
Tiada masalah, Pas akan bentang RUU 355

SHAH ALAM - Pas tidak terjejas sama sekali dengan pengisytiharan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkenaan kerajaan tidak akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, apabila berlaku keadaaan begini, situasinya kini adalah "kekal pada format asal" iaitu Pas akan membentangkannya sepertimana sebelum ini.
"Sememangnya, Ahli Parlimen Pas sejak awal telah diletakkan dalam 'mode standby' bagi menghadapi perbahasan di Parlimen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tidak akan bentang RUU 355]
Semalam, Najib berkata tindakan itu diambil susulan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang secara konsensus membuat keputusan mengenai perkara itu.
Kata Najib, Akta 355 akan kekal sebagai RUU persendirian dan terserah kepada kepada Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia) untuk menentukan mengikut kepada Order Paper (aturan urusan mesyuarat).
Mengulas lanjut, Nasrudin berkata apa yang membezakan jika kerajaan BN bentang maka ia menjadi Bill Kerajaan yang diutamakan angka gilirannya.
"Hanya beza jika Jika Pas yang membentangnya maka ia kekal seperti asal iaitu Rang Undang-Undang Persendirian maka gilirannya ditentukan oleh Yang di Pertua Dewan Rakyat melalui peruntukan peraturan dewan," katanya.
RUU 355 pertama kali dibentangkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada Mei 2016 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.
Ahli Parlimen Marang itu pada sesi terakhir Parlimen November lalu meminda usul itu dengan menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimum 100 sebatan berbanding maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.
Loading...
0 Response to "KITA BUAT TUGAS KITA"
Posting Komentar