Loading...

Moga cepat sembuh

Loading...

Tuesday, March 28, 2017

Wan Azizah Dimasukkan Ke Hospital


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah dimasukkan ke hospital, Isnin.


Setiausaha politiknya, Rodziah Ismail bagaimanapun berkata keadaan beliau setakat ini tidak membimbangkan.

"Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimasukkan ke hospital, untuk mendapatkan rawatan.

"Sehubungan itu beliau tidak dapat menghadirkan diri ke sidang Dewan Rakyat dan juga sidang Dewan Negeri Selangor yang bermula hari ini (Isnin) serta beberapa acara lain," katanya dalam satu kenyataan, malam Isnin.

Rodziah berkata setakat ini, atas nasihat doktor kehadiran pelawat hanya dihadkan kepada keluarga terdekat.

"Saya bagi pihak pejabat Presiden PKR amat menghargai semua pihak yang mengambil berat hal kesihatan beliau, akan tetapi atas nasihat doktor pihak kami terpaksa menghadkan pelawat kepada keluarga terdekat sehingga pihak doktor mengizinkan.

"Ini adalah untuk memberikan beliau ruang yang secukupnya untuk berehat dan bersama keluarga tersayang," katanya.

Sementara itu Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan bahawa Dr Wan Azizah telah dimasukkan ke wad pada Isnin.

"Beliau OK, demam, keadaannya tak membimbangkan. Cuma doktor mahu buat pemantauan," katanya ketika dihubungi.

Katanya, Dr Wan Azizah juga tidak menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Parlimen pada Isnin kerana dimasukkan ke wad pada sebelah siang lapor mStar Online
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Moga cepat sembuh"

Posting Komentar