Loading...

DEBAT TAK JADI, BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH

Loading...

Mahathir kecewa permit dialog ditarik balik
Mahathir kecewa permit dialog ditarik balik
Dr Mahathir ketika menyertai Program Bicara Rakyat Perdana anjuran PPBM di Taman Paya Rumput Bestari, Melaka malam tadi.

BANDARAYA MELAKA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa apabila poLis menarik balik kebenaran untuk beliau dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berdialog pada 7 April ini.

Penganjuran dialog oleh Sinar Harian itu sepatutnya diadakan di pejabat akhbar Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam dibatalkan atas alasan polis menerima bantahan daripada penduduk sekitar.

Dengan nada tidak berpuas hati sambil, Dr Mahathir berkata, alasan tersebut bagaikan orang yang takut.

"Bukan ada siapa pun yang duduk di situ, yang ada cuma kilang sahaja. Berani kerana benar, takut kerana salah," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 4,000 hadirin di Program Bicara Rakyat Perdana anjuran Parti Bersatu di Taman Paya Rumput Bestari, Melaka malam tadi.

Turut hadir, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Bersatu Melaka, Mohd Redzuan Md Yusof, timbalannya Mohd Rafiq Naizamohideen serta beberapa pemimpin dari Pakatan Harapan negeri Melaka.

Sementara itu, ketika ditanya media mengenai pembatalan tersebut, Dr Mahathir menjelaskan perkara itu memang sudah dijangkakan.

"Saya sudah jangka dia memang tidak berani, bagaimanapun saya tetap menunggu sekiranya ada peluang lain," katanya.

Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, pembatalan itu dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "DEBAT TAK JADI, BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH"

Posting Komentar