Loading...

PARTI BARU ALA PKR DIDAFTAR

Loading...
Parti Bebas Rasuah mahu sertai Pakatan Harapan
S Gobi Krishnan
S Gobi Krishnan

SHAH ALAM - Parti Bebas Rasuah (PBR) yang diumumkan sebagai nama baharu menggantikan Parti Generasi Baru (NewGen Party) berharap, hasrat untuk bersama dalam gabungan Pakatan Harapan diterima.

Pengasasnya, S Gobi Krishnan berkata, keputusan untuk bersama dalam gabungan Pakatan Harapan dibuat secara konsensus setelah lantikan jawatankuasa  dalam mesyuarat majlis tertinggi.

“Sudah tentu ia keputusan yang dicapai bersama.

"Kita percaya dengan satu matlamat untuk menjadi kerajaan akan datang.

"Semestinya besarlah harapan kami untuk diterima, kita semua mempunyai matlamat yang sama walaupun berbeza platform.

“Datuk Mohd Ezam Mohd Nor yang dilantik sebagai Presiden PBR akan menulis surat rasmi kepada Pakatan Harapan bagi menyatakan hasrat tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Gobi memberitahu, soal perjuangan yang lebih penting untuk sama-sama bergerak dalam Pakatan Haraian.

“Soal tuntutan kerusi Parlimen Pekan dan Titiwangsa yang diminta Ezam dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, kita rasa kekal.

“Bagi saya, kita fikirkan soal perjuangan dahulu dan kita sokong mereka yang diberikan dua kerusi ini, yang lain itu tak perlu dahulu pun tidak mengapa, yang penting kita bergerak dalam satu  perjuangan,” katanya.

Dalam pada itu, Gobi berkata perubahan nama baharu kepada PBR telah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Jumaat lalu, selain beberapa lantikan semula dalam PBR juga telah diumumkan.

Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Umno Batu Kawan yang juga bekas ahli Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan diumumkan sebagai Timbalan Presiden PBR yang baharu.

Jawatan Naib Presiden PBR disandang oleh Syed Nazarudin Syed Aziz dan Rajaretinam Armuggan.

Gobi, yang juga bekas Setiausaha Biro Strategi dan Polisi Kebangsaan PKR mengekalkan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung PBR.

Tan Chee Seng telah dinamakan bendahari, sementara Abdul Ghani Haroon dilantik sebagai Ketua Penerangan, dan Surendran Shamugam pula merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat.

Sebelum itu, NewGen Party didaftarkan dalam September 2013, merupakan parti berbilang kaum yang menyasarkan golongan muda di seluruh negara.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PARTI BARU ALA PKR DIDAFTAR"

Posting Komentar