Loading...
KUALA LUMPUR 23 April – Guru yang mengalami tekanan atau mempunyai tanda-tanda kemurungan dinasihatkan mendapat khidmat kaunseling dengan Unit Psikologi dan Kaunseling yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, pada tahun lalu sahaja, kira-kira 200 guru sekolah menengah dan rendah telah mendapat khidmat daripada unit tersebut.
“Hakikatnya daripada jumlah itu hanya 20 hingga 30 peratus guru yang diminta untuk mendapatkan bantuan kaunseling manakala selebihnya datang dengan sukarela sebaik menyedari mereka mempunyai tanda-tanda kemurungan atau tekanan emosi,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Jelajah Pendidikan 2017 di sini, hari ini.
Beliau mengulas kejadian seorang pelajar tahun dua cedera dan terpaksa menerima lapan jahitan di kepala apabila gurunya yang hilang kawalan bertindak membaling kerusi kayu terhadap rakan mangsa yang membuat bising di sebuah sekolah di Penampang, Sabah.
Walau bagaimanapun apabila pelajar tersebut lari, mangsa yang kebetulan berada berhampiran terkena kerusi tersebut.
Kamalanathan berkata, bantuan kaunseling perlu bagi memastikan guru terus proaktif dan pada masa sama mengelak mereka daripada bertindak agresif yang akhirnya boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar.
Ujar beliau, setakat ini kementeriannya belum ada cadangan untuk mewajibkan semua guru untuk mendapat khidmat kaunseling.
Sumber: Utusan Malaysia

0 Response to "Guru ‘tertekan’ disaran jumpa kaunselor"
Posting Komentar