Loading...
Kes Mohamad Thaqif : Selepas Kaki Dipotong, Hari Ini Tangan Pula. Mohamad Thaqif Mohd Gaddafi yang dipotong kedua-dua kakinya akibat pembekuan darah yang didakwa ada kaitan dengan penderaan oleh seorang warden di sebuah sekolah tahfiz, akan menjalani pembedahan untuk memotong tangannya hari ini.
Perkara itu disahkan ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, kepada FMT awal pagi ini.
Kes Mohamad Thaqif : Selepas Kaki Dipotong, Hari Ini Tangan Pula. “Mula-mula, memang kami semua tak nak (tangannya) dipotong. Tapi kami terpaksa ikut nasihat doktor kerana nyawa lebih penting,” katanya.
Semalam, Thaqif yang terlantar koma di Hospital Sultan Ismail menerima kunjungan Permaisuri Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah.
Malam tadi, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Noh Gadut turut melawat Thaqif.
Kes Mohamad Thaqif : Selepas Kaki Dipotong, Hari Ini Tangan Pula
Thaqif, 11, didaftar masuk ke sebuah pusat tahfiz swasta di Kota Tinggi pada 27 Januari lalu. Dia dilaporkan mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak 2 minggu lepas akibat dipukul pembantu warden.
Kedua-dua kakinya yang dijangkiti kuman serta darah beku kemudiannya terpaksa dipotong dan keadaan Thaqif semakin membimbangkan selepas doktor mengesan darah beku di lengan kirinya, semalam.
Kes Mohamad Thaqif : Selepas Kaki Dipotong, Hari Ini Tangan Pula. Susulan itu, seorang pembantu warden direman 4 hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "Kes Mohamad Thaqif : Selepas Kaki Dipotong, Hari Ini Tangan Pula"
Posting Komentar