Loading...

Iklan AirAsia Sindir Malindo Air

Loading...
Iklan AirAsia Sindir Malindo Air. AirAsia melancarkan pengiklanan mencari calon anak kapal yang berpotensi dan ia tidak melepaskan peluang “mengenakan” pesaingnya, syarikat penerbangan Malindo Air.

Di iklan itu tertera: “Kami tidak minta anda tanggal pakaian – Hanya zip dan jadi sebahagian pasukan syarikat penerbangan kos rendah terbaik dunia”.

Iklan AirAsia Sindir Malindo Air.  The New Straits Times melaporkan pengambilan anak kapal AirAsia akan diadakan pada 15 April di Pusat Kecemerlangan Penerbangan Asia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Malindo Air cuba menepis kritikan wakil rakyat, NGO dan pengguna media sosial mengenai proses temu bualnya yang dilaporkan membabitkan arahan calon wanita diarah membuka baju.

The Malay Mail semalam melaporkan Malindo Air meminta pemohon jawatan pramugari mendedahkan bahagian dada, bahagian kaki dengan mengarahkan skirt diselak, seluar panjang dilipat atau menanggalkan sarung kaki.

Iklan AirAsia Sindir Malindo Air


Dalam satu kenyataan, Malindo Air berkata proses itu diperlukan untuk memeriksa kesan pada badan pemohon dan ia dilakukan secara tertutup dan profesional oleh penyelia wanita.

Katanya, semua calon diberi taklimat terlebih dulu dan kebenaran diperoleh sebelum pemeriksaan dibuat.

Iklan AirAsia Sindir Malindo Air.  NST dalam laporannya berkata kebanyakan pengguna media sosial melihat iklan AirAsia itu sebagai kelakar. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Iklan AirAsia Sindir Malindo Air"

Posting Komentar