Loading...

TAHNIAH PKR DAN DAP YANG MENENTANG RUU 355

Loading...

Usul RUU355 dibentang kali ketiga




Usul RUU355 dibentang kali ketiga
Abdul Hadi selepas membentangkan usul persendirian Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di Dewan Rakyat hari ini. 


KUALA LUMPUR - Usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya dibentangkan buat kali ketiga pada hari terakhir Parlimen bersidang, hari ini.

Sebelum Abdul Hadi membentangkan usul persendirian tersebut, beberapa ahli Parlimen antaranya (DAP-Puchong), Gobind Singh Deo, (PKR-Gopeng),Dr Lee Bon Chye, (PKR-Alor Setar),Gooi Hsiao-Leung, (DAP-Gelang Patah), Lim Kit Siang dilihat bangun bagi membantah usul berkenaan.

Susulan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan kesemua ahli parlimen terlibat untuk duduk atau mereka bakal berdepan hukuman keluar dewan ekoran daripada kekecoha yang timbul.

Menerusi ucapannya, Abdul Hadi memaklumkan bahawa usul RUU 355 itu hanya terpakai buat golongan Islam dan masyarakat bukan Islam tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pindaan berkenaan.

"Sejarah telah membuktikan bahawa sejak 52 tahun dulu belum ada orang bukan Islam dikenakan hukuman mahkamah syariah.

"Oleh  itu, kita mohon orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana mereka tiada kaitan dengan pindaan ini," katanya.


Selain itu, Abdul Hadi memaklumkan bahawa usul RUU 355 adalah bagi memperkasakan mahkamah syariah yang bidang kuasanya amat terhad pada waktu ini.

Beliau berkata, hukuman sedia ada adalah amat ketinggalan memandangkan kali terakhir ia dipinda adalah pada tahun 1984.

"Sebagai contoh, pada masa kini, sekiranya seorang suami Muslim yang meninggalkan anak serta isteri tanpa nafkah hanya perlu membayar denda tidak lebih RM5,000 sekiranya didakwa dan disabitkan kesalahan.

"Ia amat rendah (hukuman mahkamah syariah) jika dibanding dengan mahkamah sivil.

"Di manakah kaum wanita nak mendapat pembelaan jika ia (RUU 355) tidak dipinda," katanya.
AKAN MENYUSUL
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "TAHNIAH PKR DAN DAP YANG MENENTANG RUU 355"

Posting Komentar