Loading...
KOTA KINABALU - Kementerian Pendidikan memberi jaminan sasaran sebanyak 90 peratus anak tempatan menjadi guru di semua sekolah rendah di Sabah mampu dicapai menjelang 2018.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebanyak 82.4 peratus sasaran itu telah dicapai setakat ini, justeru pelbagai langkah akan diambil untuk memastikan sistem pendidikan negeri dapat terus dibangunkan oleh guru-guru tempatan.
“Ini adalah hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan 90 peratus guru sekolah rendah adalah anak tempatan.
“Bagi sekolah menengah pula, kita memerlukan lebih banyak masa kerana setakat ini baru 74.5 peratus sasaran itu dicapai,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Penampang di sini hari ini.
Sumber : Utusan
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebanyak 82.4 peratus sasaran itu telah dicapai setakat ini, justeru pelbagai langkah akan diambil untuk memastikan sistem pendidikan negeri dapat terus dibangunkan oleh guru-guru tempatan.
“Bagi sekolah menengah pula, kita memerlukan lebih banyak masa kerana setakat ini baru 74.5 peratus sasaran itu dicapai,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Penampang di sini hari ini.
Sumber : Utusan
Loading...
0 Response to "90% Guru Sabah Anak Tempatan Menjelang 2018"
Posting Komentar