Loading...

Lapan sekolah luar bandar akan ditransformasi bawah inisiatif My New School

Loading...
PUTRAJAYA 11 April - Kementerian Pendidikan merancang menambah se­banyak lapan buah sekolah luar bandar untuk ditransformasikan dengan kemudahan pembelajaran moden di bawah inisiatif My New School.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia melibatkan sekolah-sekolah yang daif di Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.

“Sebelum ini sebanyak empat buah sekolah telah dipilih untuk melaksanakan inisiatif tersebut ia­itu dua di Sabah dan dua (Sarawak).

“Pada tahun ini, inisiatif ini dipanjangkan kepada lapan buah sekolah lagi,” katanya semasa berucap dalam majlis Anugerah Perkhid­matan Cemerlang Kementerian Pen­didikan di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Setia­usaha kementerian, Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof.

My New School adalah inisiatif kerajaan menaik taraf sekolah daif di luar bandar ke arah kemudahan pembelajaran moden, selain menjadikan sekolah ber­kenaan sebagai hab komuniti yang merangkumi aktiviti sosial antara komuniti dan warga sekolah.

Dalam perkembangan lain, Mah­dzir memberitahu, pemba­bi­t­an ibu bapa dalam aktiviti se­kolah sepanjang tahun lalu telah menunjukkan peningkatan sebanyak 92 peratus kehadiran, melibatkan lebih 10,000 sekolah di seluruh negara.

Menurutnya, pencapaian itu melebihi sasaran sebanyak 65 peratus kehadiran yang ditetapkan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015.

Beliau berkata, penglibatan ter­sebut melibatkan enam akti­viti Sarana Ibu Bapa PPPM iaitu, mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG); hari anugerah cemerlang; hari sukan; hari penetapan sasaran; hari pelaporan dan hari kokurikulum.

“Sasaran inisiatif ini tidak akan berjaya dicapai melainkan kita bekerja secara berkumpulan di samping sumbangan daripada se­tiap bahagian dan jabatan di kementerian.

“Ini adalah antara pencapaian yang menjadi sasaran utama untuk PPPM,” katanya.

Selain itu menurutnya, antara kejayaan lain di bawah inisiatif PPPM termasuklah peningkatan peratusan prasekolah kementerian yang melepasi standard minimum iaitu daripada 89.8 peratus pada 2015 kepada 99 peratus tahun lalu.

Turut menyumbang kepada kejayaan itu tambah beliau, pe­ningkatan 77 peratus sasaran penjimatan yang dijajarkan kepada aktiviti yang mendukung keberhasilan murid, berbanding tahun sebelumnya.

Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd

jobs from my.neuvoo.com

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lapan sekolah luar bandar akan ditransformasi bawah inisiatif My New School"

Posting Komentar