Loading...

PERAK PULA MINTA PAS KAJI KERJASAMA DENGAN PKR

Loading...
Gesa kaji semula kerjasama dengan PKR
Gesa kaji semula kerjasama dengan PKR
Akmal ketika berucap dalam muktamar berkenaan di sini, hari ini.

SUNGAI SIPUT - Pemuda Pas Perak meminta pimpinan tertinggi parti mengkaji semula hubungan kerjasama yang dijalinkan bersama PKR.

Ketua Pemudanya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, perkara itu ditekankan kerana PKR dilihat tidak serius dan ada dikalangan pemimpin parti terbabit yang menghina Pas secara terbuka.

"Dalam tindak-tanduk PKR yang dilihat kadang-kadang bermain api, PKR mencerca dan menghina kita secara terbuka tetapi pada masa yang sama merayu supaya kerjasama ini diteruskan.  

"Politik apakah yang cuba disajikan kepada kita dan juga rakyat?, " katanya, ketika berucap dalam Muktamar Tahunan Pemuda Pas Perak Kali Ke-34, di Hotel MH, hari ini.

Hadir sama Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PERAK PULA MINTA PAS KAJI KERJASAMA DENGAN PKR"

Posting Komentar