Loading...
Tanah runtuh di Colombia, 154 terbunuh
MOCOA - COLOMBIA. Sekurang-kurangnya 154 terbunuh dalam satu kejadian tanah runtuh di wilayah sempadan barat daya negara ini semalam, setelah lumpur dan serpihan menghempas rumah penduduk, pegawai bertugas mengesahkannya, lapor Huffington Post.
Presiden Colombia, Juan Manuel Santos turut terbang ke daerah tersebut untuk menyelia misi menyelamat dan turut bertemu dengan ahli keluarga mangsa yang terlibat.
“Kami akan melakukan segala yang mungkin untuk membantu mereka, kejadian ini amat menyedihkan saya,” katanya selepas mengesahkan jumlah kematian.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan mengarahkan lebih daripada 1,100 tentera dan pegawai polis untuk misi menyelamat ini serta mengenal pasti bilangan mangsa, setakat ini hampir 200 orang dilaporkan cedera.
Kejadian tersebut berlaku disebabkan hujan lebat selama beberapa hari membuatkan air sungai melimpah, menolak sedimen dan batu-batu ke bangunan dan jalan raya seterusnya membuatkannya berlumpur.
Menurut Mayor Mocoa, Jose Antonio Castro yang turut kehilangan rumahnya dalam kejadian itu, orang ramai telah diberi amaran awal mengenai bencana ini.
“Penduduk telah diberi amaran awal menyebabkan ramai diantara mereka yang dapat menyelamatkan diri,” katanya kepada Caracol Radio.
Loading...
0 Response to "TANAH RUNTUH MAKAN KORBAN"
Posting Komentar