Loading...

Bekas model Playboy dilabel bodoh, gila peluk Islam

Loading...
 
Raisyyah Rania berkata, rakannya juga segan mengajak beliau keluar bersama disebabkan cara hidup dan penampilannya yang jauh berbeza dengan mereka.


felixia-yeap


PETALING JAYA: Bekas model majalah Playboy, Raisyyah Rania Yeap dilabelkan bodoh dan gila kerana mengambil keputusan untuk bertudung serta memeluk Islam lebih dua tahun lalu.

Dugaan yang dihadapi wanita berkenaan tidak terhenti setakat itu, apabila rakannya turut menjauhkan diri daripada beliau kerana tidak memahami Islam serta cara hidupnya sebagai mualaf.

“Ada kawan yang mula menjauhkan diri apabila saya mula berhijab sebelum Islam, dan terkejut apabila mereka mengetahui saya agak petah bertutur dalam bahasa Malaysia.

“Katanya saya bodoh, gila dan pelik sebab ‘ada orang Cina tak mau jadi (Cina), tapi mau jadi Melayu’.

“Tak mengapa, mereka tak faham perbezaan antara kaum dan agama, dan mereka lupa bahasa Malaysia itu bahasa kebangsaan orang-orang Malaysia,” tulisnya dalam Facebook beliau, kelmarin.

Raisyyah Rania berkata, rakannya juga segan mengajak beliau keluar bersama disebabkan cara hidup dan penampilannya yang jauh berbeza dengan mereka.

Beliau berkata, semua ini berlaku kerana mereka tidak memahami cara hidup dan kewajipannya sebagai seorang umat Islam serta isteri.

“Mungkin diri dan hati kita sendiri rasa selesa dan senang untuk melangkah keluar dari kejahilan dan keseronokan dunia, tetapi fahamilah yang ianya mungkin tidak sama untuk kawan-kawan kita di sekeliling.

“Mungkin suatu hari mereka akan faham, jika mereka membuka hati. Sehingga waktu itu tiba, kita doakan sahaja mereka untuk dapat hidayah dan semoga Allah membuka hati mereka,” tulisnya.

Wanita berusia 30 tahun itu mula bertudung pada Disember 2013 sebelum memeluk Islam pada 3 Julai 2014 dan berkahwin pada 6 Jun 2015.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bekas model Playboy dilabel bodoh, gila peluk Islam"

Posting Komentar