Loading...
PAS Tegur YDP PAS Gombak. PAS mengingatkan ahli dan pimpinannya supaya berhati-hati ketika meluahkan pandangan mereka melalui media sosial, selepas catatan Facebook seorang ketua PAS cawangan yang mengecam pimpinan DAP yang turut serta dalam majlis berbuka puasa.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menjauhkan diri dari pandangan Yang Dipertua PAS Gombak Salehhuddin Nasir yang “meluat menyampah” melihat pemimpin DAP berbuka puasa dengan orang Islam.
PAS Tegur YDP PAS Gombak. “Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh,” tulis Salehhuddin. Sebaliknya, Tuan Ibrahim berkata PAS merupakan gerakan dakwah dan perlu mendekatkan masyarakat bukan Islam “walau mereka tidak menerima Islam sebagai agama”.
“Aktiviti berbuka puasa tidak perlu dipolitikkan mahupun digunakan untuk tujuan politik. Sebaiknya aktiviti digunakan sebagai medan merapatkan hubungan antara kaum dan meningkatkan pemahaman antara agama,” katanya dalam kenyataan.
PAS Tegur YDP PAS Gombak
Penulisan Salehhuddin itu mengundang kecaman PKR dan Amanah. Ia juga selang beberapa hari sebuah protes di Pulau Pinang pada Jumaat lepas, di mana lebih kurang 50 orang peserta mewakili pertubuhan bernama “Jaringan Muslimin Pulau Pinang” berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak boleh menyertai majlis buka puasa melainkan beliau masuk Islam.
Tuan Ibrahim berkata ahli dan pimpinan parti perlu “mengawasi setiap tulisan dalam apa jua media sosial”. “Disiplin tulisan perlu dijaga sentiasa,” katanya.
PAS Tegur YDP PAS Gombak. “Tulisan mestilah selaras dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera yang menjadi dasar parti. Tulisan yang tidak menepati dasar ini sudah tentunya bukan pendirian parti dan hanyalah pandangan peribadi.” - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "PAS Tegur YDP PAS Gombak"
Posting Komentar