Loading...
Berita Mengejutkan Di Awal Ramadhan. Kementerian Kesihatan akan meningkatkan pemantauan ke atas produk kurma di pasaran tempatan susulan tular di media sosial buah berkenaan dicemari lipas dan kumbang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, pengguna disaran membaca label serta mengamalkan “lihat, hidu dan rasa” sebelum menikmati makanan bagi mengelak termakan makanan yang rosak atau tercemar.
Berita Mengejutkan Di Awal Ramadhan. “Kementerian ingin menasihati pengguna dan orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pembeli dalam memastikan produk makanan yang dibeli bersih dan selamat,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.
Berita Mengejutkan Di Awal Ramadhan
“Pengguna juga boleh melayari laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di http://ift.tt/1vVF64U jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan,” katanya. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "Berita Mengejutkan Di Awal Ramadhan"
Posting Komentar