Loading...
Ramai yang berasa hampa dan kecewa kerana tak dapat nasi |
Kecoh di Madinah Ramadhan kendalian MPKB-BRI apabila nasi utk berbuka puasa tidak cukup.
Ramai rakyat yang merungut dan bertanya kemana nasi yang diperuntukkan.
KEADILAN Kota Bharu telah menemubual beberapa petugas dan pegawai MPKB, berikut adalah jawapan yang diberi:
1) 800 bekas nasi disediakan.
2) Akui bahawa pihaknya gagal mengambil kira faktor hari minggu dan cuti sekolah.
Kami juga telah menemubual seorang pengunjung tetap disini, sudah puluhan tahun beliau berbuka puasa disini. Beliau mengadu inilah kali pertama kejadian nasi tidak cukup berlaku.
800 bekas nasi tidak cukup kerana terlalu ramai? |
Beliau menolak alasan MPKB, kerana menurut pemerhatian beliau berbanding hari pertama ramadhan tahun lepas pengunjung kali ini sangat kurang, sebelum ini nasi yang disediakan senantiasa cukup.
KEADILAN Kota Bharu menggesa MPKB supaya meningkatkan ketelusan dalam menerima derma dari penyumbang , agihan makanan berbuka puasa dan meningkatkan kejujuran dlm perkhidmatan kepada rakyat khasnya di Madinah Ramadhan, Kota Bharu.
Walaupun pengunjung sangat kurang berbanding sebelumnya kenapa makanan tidak cukup kali ini? |
"Mukmin tidak akan dipatuk ular dari lubang yang sama". (dan ular yang sama)" Pelajaran kes tidak cukup makanan dlm majls Hari Raya anjuran kerajaan negeri Kelantan di SUK tahun lepas.
Saya ada kebimbangan jika terdapat kemungkinan penyelewengan dlm pengurusan dan agihan makanan.
Dalam majlis hari raya kerajaan negeri tahun lepas yang dibuat di SUK, dikatakan ada unsur unsur penyelewengan berlaku.
Difahamkan
1) Makanan tidak disediakan sebagaimana jumlah yang ditetapkan.
2) Makanan yang sedap sedap disembunyikan oleh segelintir staf kerajaan negeri seperti sate dsbnya.
3) Ramai pengunjung tidak dapat makan di majlis hari raya tersebut, bukan kerana jumlah yg hadir terlalu ramai, tetapi ada masalah pengurusan dan integriti.
Rakyat diseru untuk memantau setiap penganjuran program kerajaan negeri. Jadilah rakyat Umar Al Khattab dan pemimpin seperti Umar Al Khattab, yang (rakyatnya) berani menegur dan (pemimpinnya) sedia ditegur. ~ sumber
Loading...
0 Response to "MPKB ditanya mana nasi kami utk berbuka puasa ?"
Posting Komentar