Loading...
ORANG MELAYU SUDAH PANDAI AGAMA
SEBAB ITU MEREKA TINGGALKAN SEMANGAT BANGSA
ORANG MELAYU KHUSUSNYA UMNO
MEREKA PILIH ISLAM UNTUK MEMBELA
SEMANGAT BANGSA
ORANG UMNO KATA :
"YANG MENYELAMATKAN BANGSA BUKAN
BANGSA, TAPI ISLAM YANG MENYELAMATKAN BANGSA". BERERTI UMNO SUDAH FAHAM
APA KEHENDAK AGAMA
YANG TAK FAHAM AGAMA HANYA MAHADHIR AND THE GENG DALAM BERSATU
BILA MAHADHIR TINGGALKAN UMNO
MACAM DIA TINGGALKAN AGAMA LA,
-Pak Karamu-
Melayu hilang semangat bangsa
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu ketika ini sudah hilang semangat kebangsaan.
Menurut beliau, ia berbeza dengan semangat orang Melayu ketika di zaman penjajahan.
“Saya membesar di zaman perjuangan melawan Malayan Union dan membebaskan negara daripada penjajahan British. Di waktu itu semangat kebangsaan sahaja yang mendorong saya dan kawan-kawan bergerak dan berkorban duit sendiri yang sedikit bagi menjayakan perjuangan.
“Tidak ada harapan untuk mendapat apa-apa balasan selain daripada tebusan maruah bangsa. Hari ini orang Melayu sudah banyak berubah. Bagi ramai daripada kita, sudah tidak ada lagi kesayangan kepada bangsa dan negara,” katanya pada catatan di blognya, semalam.
Pengerusi Bersatu itu berkata, semangat kebangsaan sering kali dicemuh sebagai perkauman dan orang Melayu malu jika bersemangat Melayu.
“Sekarang ini ramai yang tidak boleh menerima bahawa seseorang boleh sayang kepada bangsa dan negara sehingga sanggup korban keselesaan hidup diri sendiri. Sesungguhnya saya amat sedih akan kehilangan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu, tua dan muda.
“Jika tidak diupah dengan duit, pangkat atau jawatan, kontrak atau sebagainya biarlah negara hancur, tidak ada apa-apa yang sanggup dibuat untuk menyelamatnya. Jauh sekali daripada menghadapi sedikit risiko,” katanya.
Katanya lagi, bangsa Melayu akan gagal dan hilang dari muka bumi ini apabila budaya tersebut menggantikan semangat kebangsaan.
“Dalam sejarah manusia banyak bangsa yang sudah tidak ada lagi. Ada yang hanya tercatit dalam buku sejarah. Ada yang hilang sama sekali.
“Apakah buku sejarah pada masa depan akan tertulis di dalamnya.
“Maka di zaman dahulu terdapat satu bangsa dikenali sebagai Melayu, yang sudah pun hilang, kerana semangat bangsa luput diganti dengan ketamakan nafsu”,” sindirnya.
Loading...
0 Response to "BODOH TIDAK SEBARANG TANGGUNG"
Posting Komentar