Loading...
RON95, RON97 dan diesel turun
KUALA LUMPUR - Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 10 sen kepada RM2.01 dan RM2.29 seliter, berkuat kuasa esok hingga 17 Mei.
Harga diesel turun sebanyak 13 sen kepada RM1.95 seliter.
Dalam bentuk infografik, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam laman sesawang menyebut harga baharu mingguan itu berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam ini.
Pada minggu sebelum ini iaitu Khamis lepas hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM2.11 seliter, RON97 (RM2.39) dan diesel (RM2.08) seliter. - Bernama
Loading...
0 Response to "HARGA TURUN"
Posting Komentar