Loading...
SALAHUDDIN BENAR-BENAR MUKA KUALI
ADA KE PATUT PARTI PAN MINTA JAWATAN EXCO
SELANGOR, PADA HAL PARTINYA TAK PERNAH BERTANDING
DAN MENANG PADA PILIHANRAYA SELANGOR
WOIT ? MUKA BIAWAK ,
MANA MARUAH ? PATUTNYA DIA MARAHKAN AZMIN ALI,
BUKANNYA TUAN IBRAHIM
HAIRAN SUNGGUH, KAN KE ITU DINAMAKAN MUKA KUALI !
DAH LE CURI DAN BAWA LARI ORANG PUNYA KERUSI
LANGSUNG TAK DE MARUAH.
YANG HERANNYA LANGSUNG TAK ADA MALU SEDIKITPUN
HMMMM PARTI MUKA KUALI TAK DE MARUAH,
-Pak Karamu-
Pas menagih kasih dalam pentadbiran Selangor: Amanah
Salahuddin Ayub - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
SHAH ALAM - Amanah menyifatkan Pas masih lagi menagih kasih di dalam pentadbiran Selangor, meskipun parti tersebut sudah memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, beliau melihat Pas yang masih lagi terhegeh-hegeh dengan kerajaan Selangor, bagi mengekalkan anggota mereka di dalam exco negeri itu.
“Bagi saya, Pas yang masih terhegeh-hegeh lagi untuk menagih kasih lagi bersama PKR. (Ini kerana), dalam Muktamar Pas baru-baru ini telah membuat keputusan, iaitu Pas telah bercerai dengan PKR.
“Jadi, apa yang Tuan Ibrahim nak tunggu lagi (setelah keputusan yang dibuat oleh Muktamar Pas),” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau menjawab kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan Amanah sebagai parti yang tidak bermaruah apabila meminta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya merombak pentadbiran negeri itu.
Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan Pas ketika ini bukanlah sebuah parti demokratik, seperti sebelum ini.
Ini kerana menurutnya, Pas tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh muktamarnya sendiri berhubung keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
“Keputusan (mengenai perihal tahalul siyasi di antara Pas dengan PKR) telah dibuat. Yang saya faham, Muktamar Pas adalah kuasa tertinggi dalam perlembagaan Pas.
“Jadi, adakah perlu menunggu keputusan Majlis Syura (berhubung perkara itu). Jadi, saya nampak parti ini bukannya parti yang demokratik,” katanya.
Loading...
0 Response to "PARTI PAN MUKA KUALI, MEMALUKAN !!!"
Posting Komentar