Loading...

Kerajaan disaran wujud dana kebajikan guru

Loading...
KUANTAN 16 Mei – Kerajaan digesa mewujudkan satu tabung kebajikan untuk guru sebagai persediaan bagi menjaga kebajikan golongan itu termasuk yang sudah bersara.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata, cadangan mewujudkan tabung dana kebajikan itu merupakan satu inisiatif bagi membantu meningkatkan kebajikan sosial dan sebagai menghargai jasa dan sumbangan guru serta pesara guru dalam mendidik anak bangsa.

“Mereka ini sanggup bersusah payah masuk ke kawasan pedalaman semata-mata untuk mencurah ilmu dan perkara ini tidak semua mampu melakukanya.

“Jasa dan pengorbanan setiap orang guru dalam mendidik anak bangsa itu besar dan hebat serta ia perlu di hargai oleh setiap pelajarnya,” katanya kepada pemberita selepas ditemui pada majlis sam­butan Hari Guru di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Garuda di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengetua SMK Padang Garuda, Juwita Jamaludin.

Menurut Abdul Manan, dalam kalangan guru atau pesara tidak semua bernasib baik kerana ada yang mengalami masalah kesihatan termasuk penyakit kronik.

“Dengan dana tersebut sedikit sebanyak dapat membantu me­ngurangkan beban yang dihadapi mereka dalam melalui kehidupan seharian.

“Sikap keprihatinan tersebut dengan mewujudkan dana seharusnya disemai oleh setiap pelajar sejak dari kecil lagi supaya mereka lebih menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam melahirkan insan cemerlang,” jelasnya.

Tambahnya, ibu bapa juga per­lu memainkan peranan penting dalam menyemai sifat hormat kepada guru-guru.

Sumber: Utusan Online


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan disaran wujud dana kebajikan guru"

Posting Komentar