Loading...

Ambil peduli kebajikan 435,000 guru

Loading...
ISKANDAR PUTERI 16 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa Kementerian Pendidikan supaya sentiasa mengambil peduli dan prihatin terhadap kebajikan dan keluh-kesah 435,000 guru di seluruh negara.

Beliau berkata, keprihatinan terhadap emosi dan minat guru muda yang berusia 40 tahun ke bawah yang merangkumi 8.7 peratus daripada jumlah keseluruhan.

"Cita rasa, minat dan pendapat yang berbeza dalam kalangan guru muda ini perlu didengari. Justeru Kementerian Pendidikan perlu membuka mata serta telinga selain bersedia mendengar keluh-kesah mereka.

"Para guru juga perlu ingat dalam usaha kita menterjemahkan tasawuf wawasan untuk mendidik anak-anak muda dengan nilai wawasan serta profesional tapi tanggungjawab yang bersifat ad-din serta memenuhi hukum syarie jangan dipinggirkan," katanya.

Beliau berucap demikian semasa melancarkan perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-46 di Kompleks Sukan Educity, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof.

Sumber - UTUSAN ONLINE



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ambil peduli kebajikan 435,000 guru"

Posting Komentar