Loading...
KEBANYAKAN orang akadamik yang melihat politik dari luar gelanggang dan dari buku- buku seperti sekalian batu api mencabar sekalian Exco PAS di Selangor meletakkan jawatan kerana muktamar partinya sebulat suara memutus tahaluf siyasi dengan PKR putus.
Tetapi ketiga-tiga ahli Exco PAS itu bukan ahli akademik, maka mereka mahu kekal selama yang boleh hinggalah penggal yang ada tamat atau mereka dipecat. Lalu mereka menghormati semua pandangan tetapi mereka patuh dengan arahan partinya.
Muktamar pun cerdik dan celik politik juga, ia tidak putuskan semua. Yang muktamar putus tamatkan tahaluf antara parti dengan parti di luar kerajaan, tidak putus dengan kerajaan.
Tiada arahan dari muktamar ia putus dengan kerajaan dan keluar dari kerajaan. Majlis Syura yang mengesahkan keputusan muktamar itu juga tidak menyuruh orangorang PAS di Selangor mengosongkan jawatan masing-masing.
Bahkan mereka disuruh kekal selagi mereka diperlukan hinggalah dihentikan.
Maka tidak berbangkit Exco itu melanggar keputusasn muktamar dan tidak patuh kepada arahan Majlis Syura.
Muktamar dan Majlis Syura kata, kekal! Jika mereka undur atas apa sebab jua, maka barulah mereka melanggar arahan muktamar dan Majlis Syura. Apabila mereka tidak dengar nasihat orang akademik, bukan mereka tidak menghormati pandangan akademik, tetapi mereka mematuhi arahan partinya.
Melanggar nasihat akademik mungkin ada silapnya. Tetapi mereka tidak boleh dihukum atas kelemahan itu.
Jika mereka langgar keputusan parti kerana hendak menjaga pandangan orang akademik, maka mereka melanggar bai’ah parti. Mereka boleh dikenakan tindakan disiplin.
Muktamar itu adalah muktamar parti Islam. Majlis Syura itu ada pemegang hukum tertinggi parti itu,
menentukan syarie atau tidak sesuatu tindakan. Kerana mereka bergerak atas garis Islam, apa jua yang ditimbang tentulah peka tentang syarienya.
Lainlah kalau orang akademik dan ulama di luar PAS memfatwakan tindakan PAS itu – tidak berundur seabgai exco – tidak syarie.
Mungkin ada ulama mempertikai keputusan ulama PAS.
Jika berlaku keadaan itu, maka ia bolehlah dikira percanggahan pendapat. Dan ulama biasanya dibenarkan berbeda pandangan.
Berbeda pandangan ulama dikira ada kebaikan dan hikmahnya.
Tetapi mestilah perbezaan itu tidak menimbulkan fitnah dan perpecahan. Sebagai parti yang bersandar kepada Islam tentulah keputusannya membawah hikmah agama.
Arahan agama tidak boleh dipermudah dan tidak wajar dicanggah. Pantang sekali berputus asa, kerana putus asa itu bukan dari ajaran Islam. Maka exco sebagai ahli parti jangan lari dari tanggungjawab sebagai yang dikehendaki parti.
Ada contoh terbaik untuk diperhatikan. Nabi Yunus a.s. tidak dapat meyakinkan umatnya tentang risalah yang dibawanya. Lalu beliau meninggalkan kaumnya tanpa ada wahyu mengenainya.
Tindakannya meninggalkan dakwaah itu ditegur Tuhan, dikenakan tindakan disiplin, dihumban ke laut dari bahtera oleh nakhoda, disambar jerung, terpaksa terpenjara dalam perut jerung dan kemudian dimuntahkan jerung di pantai wilayah beliau diutus bagi menyambung dakwahnya.
Kita tidak menyamakan politik PAS dengan disiplin ditempuhi Nabi Yunus. Tetapi kita sedar tindakan politik parti Islam wajar mengambil kira segala yang terjadi pada nabi-nabi, para khalifah dan ulama muktabar.
Maka keputusan PAS tidak wajar disamakan perkembangan politik duniawi yang sandarannya atas kekuatan fikiran manusia saja.
Politik PAS itu mesti dilihat dari sudut ajaran dan siyasah syariyah. Perletakan jawatan Dato’ Onn Jaafar, Tun Musa Hitam dan Tan Sri Muhyiddin Yasin dibuat mengikut pertimbangan politik yang mereka fikirkankan.
Tetapi jika ada orang PAS meletak jawatan yang tidak menyebabkan mereka meninggalkan jemaah, maka ia wajar dilihat tentang muslihat jemaahnya.
Ketua umum Masyumi dan perdana menteri pilihan rakyat Indonesia, Mohd Natsir kerana berdepan dengan komplot politik pro-Sukarno, meletak jawatan perdana menteri kerana menghormati demokrasi sedang beliau memegang mandat rakyat.
Gara-gara pengunduran terhormatnya jatuh ke tangan parti berhaluan dunia, dengan kuasa yang pro-Sukarno peroleh itu digunakan untuk memukul gerakan Islam Masyumi yang pengaruhnya besar ketika itu. Demokrasi tidak dihormati lagi, akhirnya Masyumi lumpuh dan diharamkan.
Pak Natsir dipetik sebagai berkata puluh tahun kemudian, inilah silapnya terlalu percaya kepada demokrasi, lalu tidak memanfaatkan kuasa politik ada, musuh menggunakannya bagi menghancurkan politik Islam yang terkuat di Indonesia sebelum PAS dikenali di sini.
Dunia politik memerlukan pandangan dan nasihat politik dari ahli akademik dan ahli-ahli ilmu yang mashur.
Biasanya pandangan bebas itu memberi pengaruh yang kepada politik semasa. Pandangan bebas itu boleh memberi input buruk baiknya politik semasa.
Tidak dinafikan kepentingannya adalah demi demokrasi dan politik yang sihat.
Tetapi orang akademik belum tentu dapat memelihara kesejahteraan dan kelancaran politik jika kuasa itu diberikan kepadanya.
Syed Naquib al-Attas adalah seorang tokoh akademik yang terserlah dan ahli fikir yang tinggi daya falsafahnya. Dia menyertai Gerakan yang ditubuhkan oleh abangnya sebagai parti pembangkang pertengah tahun 1960-an.
Dia terlibat dengan debat besar antara Gerakan dan DAP atas isu sastera Malaysia dan sastera Cina.
Gerakan menang debat itu tetapi DAP menang politik bagi mengekalkan sokongan masyarakat Cina. Syed Naquib tiba-tiba keluar Gerakan lepas debat itu.
Gerakan ditubuh dan dipimpin oleh Prof Syed Hussein al-Attas, seorang pemikir dan akademik yang pintar.
Dalam waktu yang singkat Gerakan berjaya menumbang kerajaan Perikatan Pulau Pinang. Akademik yang tinggi padanya tidak dapat membebaskan Gerakan dari pengaruh Dr Lim Chong Eu. Syed Hussein gagal menundukkan Chong Eu lalu meletak jawatan.
Sebagai ketua Gerakan dia sepatutnya jangan letak jawatan. Gunakan akademik dan politik tingginya untuk mempertahankan pimpinan Gerakan. Apabila dia meletakkan jawatan, Dr Lim ambil kesempatan bahawa Gerakan Pulau Pinang menyertai Perikatan.
Sebagai ahli akademik yang pintar, kepintarannya hanya bagi menyerlah akademik, tetapi gagal mempertahankan politik yang dipimpinnya.
Za’ba adalah ahli akademik dan pendita bahasa Melayu. Dia mempengerusikan persidangan menubuhkan Umno di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru tahun 1946. Tetapi ilmunya membantu menubuhkan Umno saja.
Bila ditubuhkan dia tidak jadi pemimpin. Pimpinan dipegang oleh Dato’ Onn, sedang dia adalah pengerusi persidangan dan penaja perhimpunan itu.
Orang kata Umno itu parti keramat orang Melayu. Sepanjang hidup parti itu nama Za’ba langsung tidak timbul.
Untunglah tidak dalam exco PAS itu orang akademik. Jika ada yang akademik, tentu mereka meletak jawatan. Mungkin mahu mendapatkan satu politik yang bermaruah. Tetapi dalam banyak perkembangan di dunia, orang bermaruah kebanyakan jadi makanan orang poitik yang tidak bermaruah.
Pak Natsir di Indonesia tadi adalah contoh bagi memberi laluan kepada demokrasi yang subur, selari dengan nasihat orang akademik tentang PAS di Selangor sekarang. Tetapi demokrasi yang bersih itulah membunuh politik Masyuminya.
Apa yang PAS buat itu adalah satu ilmu politik yang boleh membantu bahan akademik ilmu politik di Malaysia.
Loading...
0 Response to "Majlis Syura tak suruh Exco undur"
Posting Komentar