Loading...

Muhyiddin Punca Kepincangan Parti BERSATU?

Loading...
Muhyiddin Punca Kepincangan Parti BERSATU? Bersatu Terengganu kesal dengan tindakan pihak tertentu mempersoalkan kewibawaan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaitkan Muhyiddin dengan kepincangan yang berlaku dalam Bersatu di peringkat kebangsaan dan Perak.

Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris menegaskan, pihaknya mengutuk dan menolak sebarang perbuatan mensabotaj kepimpinan serta menyokong penuh kepimpinan Muhyiddin dan juga timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bagi membawa parti ke arah yang lebih teguh dan cemerlang.

Muhyiddin Punca Kepincangan Parti BERSATU? Beliau mendakwa, pihak yang mendatangkan suasana tidak selesa dalam parti adalah pemimpin di peringkat negeri dan bahagian tertentu yang tidak berpuas hati disebabkan tuntutan mereka bersifat peribadi tidak dilayan.

“Sewajarnya kita sebagai ahli dan pemimpin bawahan menghormati dan memahami arah dan matlamat kepimpinan atasan, bukan mengkritik secara terbuka.

“Sebarang pendapat atau pandangan kedua perlu dikemukakan dan dibincangkan pada mesyuarat dalaman parti, bukan mengkritik secara terbuka dan menggunakan media bagi mencari populariti diri,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Muhyiddin Punca Kepincangan Parti BERSATU? 


Razali berkata sebagai mengulas mengenai Ketua Pendaftar Bersatu Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar kononnya seluruh bahagian Bersatu Perak membuat desakan supaya Muhyiddin meletakkan jawatan ekoran kepincangan di peringkat kebangsaan dan Perak.

Azrul Suhadi juga didakwa turut menyatakan Muhyiddin tidak pernah ikhlas kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, penyokong dan pendokong parti.

Mengulas lanjut, Razali menolak dakwaan berhubung sikap tidak ikhlas Muhyiddin sambil menyifatkan ia bertujuan memecahbelahkan parti dengan sengaja.

Jelasnya, berdasarkan kenyataan ditunjukkan oleh 3M atau Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz, ternyata ketiga-tiganya menunjukkan semangat setia kawan dan persefahaman padu dalam meningkatkan maruah dan perjuangan parti.

Muhyiddin Punca Kepincangan Parti BERSATU? 


“Tuduhan bahawa sepanjang masa Tan Sri Muhyiddin ‘menangguk di air yang keruh’ dengan mengambil kesempatan di atas populariti Tun Mahathir bagi mencatur parti adalah pandangan cetek dan dipengaruhi akal yang sempit dan berkepentingan,” katanya.

Sementara itu, dakwaan yang mengaitkan Muhyiddin mahu bersekongkol dengan Pas disifatkan tuduhan untuk memperkecilkan usaha bertujuan memenangi pilihan raya.

Sedangkan sebagai presiden parti katanya, Muhyiddin sudah tentu arif dalam membentuk formula dan hala tuju parti untuk menang pilihan raya.

Muhyiddin Punca Kepincangan Parti BERSATU?  “Semua pihak perlu bergerak secara berpasukan dan meletakkan nilai serta situasi menang-menang untuk kestabilan parti,” katanya. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Muhyiddin Punca Kepincangan Parti BERSATU?"

Posting Komentar