Loading...
Sambil menafikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ‘pilih kasih’, ketua pesurujayanya,
Datuk Dzulkifli Ahmad mengulangi janjinya untuk bertindak ke atas ahli politik yang korup dan meminta pengkritiknya supaya bersabar.
“Tak ada isu pilih kasih. Tunggu masa sesuai, bukan pilih kasih.
“Kalau kita ambil tindakan terus, itu pilih kasih,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Dzulkifli mengulas kritikan berhubung kenyataannya sebelum ini bahawa SPRM akan bertindak ke atas ahli-ahli politik yang sedang disiasat selepas pilihan raya umum ke-14 bagi mengelakkan tangkapan itu dijadikan sebagai bahan kempen politik.
Naib Presiden DAP Teresa Kok berhujah bahawa SPRM tidak harus mengambil kira pertimbangan politik dalam menjalankan tugas mereka manakala Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pendirian Dzulkifli menunjukkan bahawa suruhanjaya itu memberi layanan istimewa kepada ahli-ahli politik.
Walau bagaimanapun, Dzulkifli menegaskan bahawa beliau akan mengotakan janjinya.
“Jadi masa (bila) bertindak, saya rasa saya sebagai ketua pesuruhjaya lebih mengetahui bila masa yang sesuai... Tak boleh dipersoalkan.
“Kenyataan tersebut memang patut, tapi kenyataan saya jelas, isunya bila masa saya nak bertindak.
“Tindakan, insya-Allah saya akan ambil. Tak pernah lagi janji saya pernah mungkir. Saya kata saya ambil tindakan, saya (akan) ambil tindakan.
“Masa bila, tunggu la, sabar. Cakap kat dia orang, sabar,” katanya.
LIHAT VIDEO DI SINI
Loading...
0 Response to "‘Tak pernah lagi janji saya pernah mungkir!’"
Posting Komentar