Loading...
SDH Tawau yang ditubuhkan pada 2015 kini menempatkan 6 guru, 2 pembantu pengurusan murid dan ketika ini mempunyai 8 pelajar berusia 6 hingga 14 tahun
TAWAU: Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) akan terus memberi manfaat pendidikan kepada pelajar yang memiliki masalah kesihatan berpanjangan di hospital dan mengelak keciciran pelajaran, kata Timbalan Menteri Pendidikan tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching.
“Guru khas terlatih ditempatkan di SDH untuk mengajar pelajar dengan kaedah serta pelbagai aktiviti menarik,” katanya kepada pemberita selepas melawat SDH di hospital Tawau hari ini.
SDH Tawau yang ditubuhkan pada 2015 kini menempatkan 6 guru serta 2 pembantu pengurusan murid dan ketika ini mempunyai 8 pelajar berusia 6 hingga 14 tahun.
Yap berkata program SDH boleh diperluaskan ke hospital lain di Sabah ekoran sambutan positif ibu bapa yang melihat perkembangan anak mereka meskipun tidak sihat tetapi mampu mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Loading...
0 Response to "Sekolah Dalam Hospital’ elak pelajar sakit tercicir pelajaran"
Posting Komentar