Loading...
Inilah "hadiah paling bermakna buat Umno" sempena Ulangtahun 71 party 'asobiyyah melayu itu malam ini.
Tahun 2013 kamu lakar pelbagai khianat politik pada rakan pada tahaaluf.
Tahun 2015 kamu veto, kamu putuskan dgn Dap tanpa benar bahas. Dan hari ini secara rasmi kamu putuskan dgn KeAdilan. Berbanggalah kamu sbg penghancur atas segalanya!
1. Robohlah sudah kota sakti atas linangan airmata serta jerit-peluh Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor sejak 20/9/1998 itu. Ijtihad agung yg membangkitkan gelombang islah dan tajdid buat ummah dan negara!
2. Kami bangkit malam itu, aku dan sahabat berkumpul hadapan rumah DS Anwar Ibrahim melihat betapa besarnya jiwa dan qiyadah ummah Ustaz Fadhil Noor memasuki pagar rumah "musuh politik" yg menyerangnya selama itu, demi menyatakan bahawa beliau menghulurkan tangan demi keadilan utk rakyat.
3. Empat hari lepas itu, tertubuhnya GERAK dipengerusikan sendiri oleh Ustaz Fadhil Noor itu, sehingga akhirnya almarhum sendiri lontarkan pula idea partai baru, Parti Keadilan Nasional (PKN) pada 1999 itu demi mengisi kekosongan yg ditinggalkan.
4. Bukan sahaja parti yg berbeza ideologi termasuk DAP mampu disatukan dlm kerjasama "tahaaluf siyasi" deuntuhkan kezaliman Umno/BN. Bahkan kejayaan paling manis apabila pelbagai jamaah atau NGO Islam berjaya dirapatkan demi maslahah ummah dan negara. Merentasi bangsa dan agama.
Benar kata Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat;
"Bersyukur akhirnya Allah kurniakan juga kita satu peluang utk melakukan dakwah kepada bukan Islam yg selama ini kita abaikan. Dan Allah balas pengorbanan kita itu dengan kebangkitan rakyat menolak kezaliman yg ada..." Namun itu dulu.
Genap 20 tahun, ia sudah hancur. Musnah segalanya atas ego itu.
5. Awal 2015, tatkala perginya Tok Guru, serta terikatnya DS Anwar Ibrahim di balik jeriji Sg Buluh itu, maka bermaharaja lelalah Hj Abdul Hadi Awang memusnahkan setiap inci pengorbanan 20 tahun mereka itu! Kota Damansara, Sg Acheh serta berbelas lagi khianat kamu dlm 2014 dan 2015 itu akan terus dikenangi buat generasi mendatang, selamanya.
6. Kalau dulu berpuluh kali Hj Hadi Awang sebut, "belum pernah" dalam sejarah tahaaluf dah kerjasama politik sejak zaman Rasulullah hingga kini dgn mana-mana pihak termasuk kumpulam bukan Islam, utk Islam yg mulakan penkhianatan. Tidak pernah sekali.
Tapi kali ini dia lah sendiri yg mengatur dan memulakan sirah pengkhianatan itu!
Ingatlah! Itulah "pengkhianatan dakwah serta pembohongan politik" yg paling melampau kamu laksanakan sejak PRU13, hingga kini. Segala perit-lelah mereka terdahulu itu runtuhkan sekelip mata sahaja. Hanya atas alasan, ie. demi melayu dan Islam, serta hudud yg kamu bohongi itu.
7. Nah Umno. Silakan bentang permaidani merah menyambut pahlawan cemerlang yg berjaya meruntuhkan pakatan musuh kamu itu. Taburkanlah lagi segala macam dedak atau apa sahaja yg mereka impikan, demi menghargai segala pengorbanan Presiden Pas buat kamu itu.. Dan kami pula,
Biarkan kami menerus dan mengorak langsung jalan dakwah, islah dan tajdid yg telah diterokai oleh guru dan murabbi kami yg telah pergi itu. Amanah dan cabaran kami sungguh besar menanti di hadapan sana. Masa yg tiada utk terus melayan fitnah dan tipudaya itu.
Ikhwah, Marilah bersama kami lakarkan terus pakatan baru ini demimasa depa negara bangsa Malaysia yg lebih cemerlang dan rahmati tanpa Umno BN dan sekutunya kelak.
Allahumma aamin..! ~ Ahmad Sayuti Basiron
Biarkan kami menerus dan mengorak langsung jalan dakwah, islah dan tajdid yg telah diterokai oleh guru dan murabbi kami yg telah pergi itu. Amanah dan cabaran kami sungguh besar menanti di hadapan sana. Masa yg tiada utk terus melayan fitnah dan tipudaya itu.
Ikhwah, Marilah bersama kami lakarkan terus pakatan baru ini demimasa depa negara bangsa Malaysia yg lebih cemerlang dan rahmati tanpa Umno BN dan sekutunya kelak.
Allahumma aamin..! ~ Ahmad Sayuti Basiron
Loading...
0 Response to "Tahniah Hj Abdul Hadi Awang"
Posting Komentar