Loading...

SOKONG JEMA'AH PENGAMPUNAN PAHANG

Loading...
 
 
Pemuda Pas sokong Pahang laksana diyat
Adun Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim
Hishamuddin Abdul Karim.
 
SHAH ALAM - Cadangan Jemaah Pengampunan Pahang laksana kaedah diyat disokong penuh Pemuda Pas Malaysia (DPPM).

Ketua Penerangannya, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pihaknya merakamkan ucapan tahniah kepada Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Jemaah Pengampunan Pahang yang telah mencadangkan kaedah pengampunan daripada keluarga mangsa berdasarkan undang-undang Islam.

Menurutnya, konsep  diyat adalah alternatif terhadap banduan yang berhadapan hukuman mati bagi sabitan membunuh.

"Cadangan pihak Jemaah Pengampunan Pahang ini suatu pandangan yang akan memperkukuhkan lagi kedudukan syariah Islam yang lebih bersifat menyelesaikan kehidupan masyarakat awam secara lebih komprehensif.

"Walaupun ia masih berada dalam peringkat cadangan, Pemuda Pas amat mengalu-alukan perbincangan dengan lebih terbuka dan membuka ruang kepada semua pihak untuk meneliti tawaran yang diberikan oleh Islam untuk memberikan keadilan sebaiknya kepada seluruh manusia," katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan qisas sebagai salah satu hukum jenayah Islam dan pelaksanaan diyat yang berada di bawahnya merupakan arahan yang jelas di dalam Syariah Islam dan pendekatan undang-undang ini pastinya melengkapkan Maqasid Syariah yang seringkali dibicarakan ummah masa kini.

Tambahnya, Pemuda Pas sekali lagi amat mengalu-alukan cadangan pemerkasaan Islam seperti ini.

Semalam, Bernama melaporkan Jemaah Pengampunan Pahang bercadang mengguna pakai kaedah pengampunan daripada keluarga mangsa mengikut undang-undang Islam atau diyat sebagai alternatif terhadap banduan yang berhadapan hukuman mati bagi sabitan membunuh.

Tengku Abdullah bertitah kaedah itu yang dipercayai tidak pernah dilaksanakan di negeri lain sudah dibincangkan pada mesyuarat Lembaga Jemaah Pengampunan.

Kaedah ini dapat memberi peluang kepada banduan supaya tidak dikenakan hukuman mati, tetapi sebagai balasan digantikan dengan hukuman lain yang bersesuaian dan mengikut pendapat keluarga mangsa.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SOKONG JEMA'AH PENGAMPUNAN PAHANG"

Posting Komentar