Loading...

(Video) Kementerian mahu tahu punca 80 guru gagal ujian

Loading...
JOHOR BAHRU 13 Mei – Kementerian Pendidikan akan menghubu­ngi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi mengetahui lebih lanjut punca 80 guru gagal sebanyak dua kali ujian psychometric di Sarawak, baru-baru ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya baru tahu perkara itu hari ini kerana SPP tidak memaklumkan mengenainya setakat ini.

“Saya tak tahu pasal itu, tetapi kita kena tengok balik. Jadi, kita akan berhubung dengan SPP dalam tempoh terdekat untuk dapatkan maklumat lanjut.

“Kementerian pun hendak mengetahui sebab dan punca boleh berlaku kegagalan seba­nyak dua kali ini, sedangkan tuntutan untuk memperoleh guru dari Sarawak adalah tinggi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Festival Hari Guru Kebangsaan 2017 di Padang A, Angsana Mall Johor Bahru, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai 80 daripada 236 guru yang menjalani ujian psychometric SPP gagal sebanyak dua kali di Sarawak, Mac lalu yang mengakibatkan kemungkinan kontrak mereka tidak boleh disambung semula.

Yang turut hadir, Ketua Pe­ngarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof; Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abbas; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Pe­ngarah YTL Corporation Berhad, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin; Pengarah YTL Communications Sdn. Bhd., Shahirul Amran dan Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif.

Festival Hari Guru Kebangsaan 2017 anjuran Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kumpulan Utusan berlangsung sejak semalam hingga Selasa ini bertujuan meraikan pengorbanan dan jasa golongan pendidik.
Dalam perkembangan lain, Mahdzir menegaskan, pihaknya hanya berhak menasihat dan memantau dalam isu berkaitan di­siplin, kebajikan murid dan guru di sekolah-sekolah yang berdaftar di bawah kementerian beliau dan Jabatan Pendidikan negeri.

“Kementerian Pendidikan mengawal sepenuhnya Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), sekolah mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan.

“Tetapi jangan lupa terdapat juga beberapa pihak yang membuka sekolah sendiri yang mendaftar di bawah majlis agama Islam negeri.

“Jadi, itu di bawah tanggungjawab pihak lain dan kementerian tidak boleh mengambil sebarang tindakan atau kawalan, sebaliknya hanya boleh memberi nasihat,” katanya.

Sumber: Utusan Online


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "(Video) Kementerian mahu tahu punca 80 guru gagal ujian"

Posting Komentar