Loading...
Pas harap PKR terus kekal di Kelantan
Tuan Ibrahim dua dari kiri bersama Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan menyediakan juadah berbuka puasa kepada rakan media.
KUALA LUMPUR - Pas berharap lantikan politik PKR dalam kerajaan Kelantan terus berkhidmat sekurang-kurangnya sehingga PRU14.
Perkara tersebut disuarakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man susulan kenyataan terbaharu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa jawatan yang disandang PKR di Kelantan akan berakhir Julai ini.
Namun begitu, Tuan Ibrahim berkata, ia terpulang kepada PKR untuk membuat sebarang keputusan.
"Tindakan PKR adalah hak parti, tapi kerajaan Kelantan harap PKR terus kekal berkhidmat sehingga PRU akan datang,” katanya ketika Majlis Berbuka Puasa Pas di Kuala Lumpur, hari ini.
Jelas Tuan Ibrahim, jika PKR berpendirian untuk meletakkan jawatan, Pas akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan.
“Jawatan lantikan politik di Kelantan sekitar 50 hingga 52 orang, jawatan itu akan diganti dengan lantikan baru jentera parti.
"Jawatan di Kelantan sangat unik sebagai contoh pihak kami melantik orang Cina sebagai penghulu bagi kaum Cina dan penghulu dalam kalangan wanita," katanya
Sebelum ini, PKR merestui pendekatan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengekalkan tiga exco Pas demi kestabilan kerajaan Selangor.
Loading...
0 Response to "PKR KEKAL"
Posting Komentar