Loading...
Pelakon Pak Jabit Meninggal Dunia. Pelakon komedi, Pak Jabit meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Lanchang di sini jam 7.10 pagi ini.
Berita kematian pelakon filem Hantu Kak Limah itu dimaklumkan salah seorang anaknya menerusi akaun Facebook dan dikongsi rakan-rakannya pagi ini.
Pak Jabit terkenal menerusi lakonannya dalam filem-filem komedi arahan Mamat Khalid antaranya Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Pelakon Pak Jabit Meninggal Dunia
Allahyarham terkenal sebagai pelakon pembantu dalam filem-filem tersebut yang dibarisi pelakon popular lain seperti Awie, Allahyarham Zami Ismail dan ramai lagi. - sinar
Addin:
Innalillah.. Al- Fatihah
Iklan
Loading...
0 Response to "Pelakon Pak Jabit Meninggal Dunia"
Posting Komentar