Loading...
Tentu ramai yang berasa pelik dan janggal melihatkan kelaku parti suci yang begitu lantang menentang Pesta Oktoberfest tetapi dia sendiri menganjurkan acara mungkar iaitu Pesta Judi pada perhimpunan parti suci itu yang akan berlangsung di Pantai Tok Jembal, Trengganu Sabtu ini.
Parti suci itu menganjurkan acara pertandingan memancing dengan tawaran hadiah-hadiah yang menarik berupa wang ringgit serta cabutan bertuah motosikal dan barangan eletrik sebagai tarikan supaya penyokong-penyokong mereka datang berpusu-pusu ke perhimpunan tersebut.
Malah Presiden parti suci dilaporkan berkata : " Anggota parti hendaklah hadir ke program itu kerana mereka harus tunaikan janji dan taat setia kpd perjuangan Islam dan keazaman untuk menyelamatkan negara tercinta ini." Hahaha!

Berdasarkan kepada maklumat menerusi poster iklan yang dipaparkan di atas, setiap peserta dikenakan yuran RM40.00 untuk satu joran.
Kalau 1000 peserta, maka jumlah yuran penyertaan akan mencecah menjadi RM 40,000.00 Wow!
Pihak penganjur telah mensasarkan 200,000 kehadiran! Bayangkanlah berapa jumlah wang penyertaan yang akan parti suci itu kumpulkan jika 1/4 sahaja dari yang hadir itu turut menyertai pertandingan memancing ! Korang kiralah sendiri.
Nampaknya parti suci ini sudah tidak mahu sekadar main tin Milo seperti lazimnyaa. Kini parti suci semakin matang dan pintar mengeksploitasi infaq jihad ahli-ahlinya yang taksub melalui pesta perjudian memancing berjemaah! Halaluna wa haramukum!

Islam mencegah unsur-unsur penindasan ke atas orang lain biarpun duit ditaruhkan atas nama yuran penyertaan dan pengurusan.
Acara pertandingan memancing, sebagaimana lazimnya, yuran yang terkumpul itu akan diberikan sebagai hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang.
Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa: "Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman". (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154).
Acara pertandingan memancing, sebagaimana lazimnya, yuran yang terkumpul itu akan diberikan sebagai hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang.
Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)
Para mufassir di dalam memberi makna menegaskan bahawa, al-maisir (judi) di dalam ayat di atas merangkumi semua jenis pertaruhan (al-qimar).
Jumhur ulama berpendapat bahawa semua jenis pertaruhan (al-qimar) adalah haram mengikut Islam. Yang dimaksudkan pertaruhan (al-qimar) itu ialah dua pihak atau lebih masing-masing mengeluarkan wang atau harta, kemudian pihak yang bernasib baik akan memperoleh wang itu, sementara yang tidak bernasib baik akan menanggung kerugian (hangus wang pertaruhannya).
Hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya.
Maka acara pertandingan memancing tersebut adalah jelas haram hukumnya kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.

Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut:
1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta).
2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: "Ayuh berlumba denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku."
Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan. Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau pertaruhan.
Kita tunggu maklum balas selanjutnya dari mana-mana ahli Majlis Syura Ulamak PAS atau Dewan Ulamak PAS berhubung perkara Pesta Judi ini.
Kita tunggu maklum balas selanjutnya dari mana-mana ahli Majlis Syura Ulamak PAS atau Dewan Ulamak PAS berhubung perkara Pesta Judi ini.
Loading...
0 Response to "Pesta Judi Berjemaah Fastaqim 2 : Halaluna Wa Haramukum!"
Posting Komentar