Loading...
SUASANA POLITIK YANG MENCENGKAM OTAK AHLI POLITIK DI DALAM NEGARA MALAYSIA. MAKA MEREKA RUNSING DENGAN PENDAFTARAN PENGUNDI ANAK MUDA YANG MALAS MENDAFTAR.
DIKATAKAN ANAK MUDA MELAYU PALING RAMAI TIDAK MAHU MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI KERANA MAINAN POLITIK NEGARA YANG DIKATAKAN HAMPEH, BAIK BN ATAU P.H
SELAIN ANAK MUDA TIDAK MINAT TENTANG POLITIK. MAKA YANG PALING RESAH IALAH BN DAN PAKATAN HARAPAN, TAPI PAS RILEX JE, SEBAB RAMAI ANAK MUDA BERLONGGOK DIDALAM PAS.
TAKBIIIIIIIR !!!
ANAK MUDA DAH TAK NAK BN. DEMIKIAN JUGA ANAK MUDA DAH TAK NAK PADA P.HARAPAN.
MENGIKUT MEREKA DALAM BN ADA NAJIB, DAN DALAM P.HARAPAN ADA DAP DAN PAN. WOW !!! JAHATKAH MEREKA ?
ANAK MUDA KATA DALAM BN BANYAK SANGAT RASUAH DAN KRONI BUAT DUIT DAN TAK DE PENDIRIAN !
DALAM PAKATAN HARAPAN TAKUT NANTI ADA PESTA ARAK, NANTI BANGSA JADI TUNGGANG LANGGANG MSUK LONGKANG ! SEBAB TU KAMI BERKUMPUL DIDALAM PAS !!!
TAKBIIIIIR !!!
-Pak Karamu-
Pas berjaya buktikan ‘kekuatan’ sebenar
(Ubah saiz teks)
KOTA BHARU - Langkah Pas mengumpulkan lebih 200,000 ahli dan penyokong dalam perhimpunan Fastaqim 2.0 merupakan satu signal kepada Pakatan Harapan akan kekuatan sebenar parti itu dalam menghadapi cabaran yang ditujukan kepada parti itu selama ini.
Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Suhaimee Sahar berkata, apa yang pasti, ‘gendang perang sudah dipalu’, semua parti sedang mengumpul kekuatan dalam pelbagai bentuk, sama ada menguasai ruang awam dan juga ruang media terutamanya media sosial.
“Setiap langkah dan tindakan yang diambil sedang di perhati oleh pengundi. Namun persoalan yang sama masih lagi berbangkit sama ada pengundi pada PRU14 akan bereksperimen dan menguji undi mereka dalam memilih wakil dan parti yang tepat untuk terus kekal di dalam politik Malaysia.
“Eksperimen pada kali ini akan menguji sama ada pengundi benar-benar mampu menilai sumbangan sebenar parti politik yang selama ini cuba menguasai minda dan tingkah laku mereka, sama ada secara sedar dan tidak sedar.
“Kemampuan sebenar pengundi adalah bertindak secara bijak dalam mengukur keseimbangan pengundian agar setiap undi yang diberikan akan memberikan nilai sebenar pemilihan mereka,” katanya.

Menurutnya, persaingan di antara Pas dan Umno dalam menguasai politik tanah air sudah wujud sekian lama, namun beberapa perubahan yang berlaku menyaksikan sedikit kelembutan terhasil daripada beberapa peristiwa yang berlaku di antara kedua parti ini.
Malah pemerhati politik ini juga memberitahu, politik permusuhan dan kebencian yang selama ini menyelubungi dua parti ini perlu dihentikan sama sekali agar wadah perjuangan baru boleh dibawa secara harmonis di antara dua pihak.
“Pengundi inginkan satu perhubungan yang harmonis di mana politik kebertanggungjawaban dan penghormatan diantara kedua pihak perlu dimantapkan dalam memberikan satu harapan baru kepada pengundi terutamanya generasi muda Melayu.
“Keinginan dalam melihat satu perhubungan positif sering menjadi doa utama pengundi dan masyarakat Islam di negara ini. Mungkin pengundi sudah mulai letih dan muak melihat mesej dan tindakan yang sama sering kali diulang oleh aktor-aktor politik sedangkan keresahan utama pengundi adalah memastikan kedinamikan politik dan ekonomi Malaysia boleh diuruskan dan diteruskan melalui langkah-langkah transformasi oleh kedua belah pihak.
“Ini semua tidak akan berlaku walaupun parti politik sama ada Umno atau Pas berjaya menghimpunkan kekuatan tetapi ia tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk peningkatan undi dan juga penguasaan politik.
Di sini aspek eksperimen PRU14 akan digunakan oleh pengundi sama ada mereka berani melakukan uji kaji politik mereka dalam melihat satu fenomena politik baru selepas PRU14 yang akan mengorbankan beberapa manfaat yang mereka telah peroleh selama ini.
"Sudah pasti uji kaji yang gagal akan memberikan kesan kepada semua pihak. Ini yang akan merumitkan keadaan politik di Malaysia di mana kita sedang rasai selama 10 tahun ini,” katanya.
Loading...
0 Response to "ANAK MUDA BERKUMPUL DIDALAM PAS."
Posting Komentar