Loading...

PAS Bakal Buat Kejutan PRU14.. Ini Buktinya?

Loading...
PAS Bakal Buat Kejutan PRU14.. Ini Buktinya? Perhimpunan besar-besaran ahli dan penyokong PAS yang diberi nama “Fastaqim 2.0” di Kuala Nerus, Terengganu hujung minggu lalu menampilkan kesediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-14 selaku blok ketiga bernama Gagasan Sejahtera.

Gagasan Sehjahtera ditunjukkan sebagai gabungan 4 parti iaitu PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Cinta Malaysia (PCM). Hanya PAS merupakan parti besar yang mampu bertanding dan memenangi kerusi dalam pilihan raya akan datang.

PAS Bakal Buat Kejutan PRU14.. Ini Buktinya? Satu lagi parti yang turut dilaporkan akan menyertai Gagasan Sejahtera ialah Parti Harapan Malaysia. Bagaimanapun ia masih menunggu pendaftar pertubuhan untuk kelulusan. Parti ini ditubuhkan bekas ahli PKR yang menyokong bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang turut hadir dalam perhimpunan itu.

Dinyatakan bahawa PAS berharapkan tsunami hijau akan berlaku. Maksud tsunami hijau ialah peningkatan undi yang besar bagi PAS yang membolehkan parti itu memenangi banyak kerusi. Ia adalah sebagai jawapan kepada andaian akan berlaku tsunami Melayu yang diharapkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Dengan itu, dalam sejarah politik mutakhir Malaysia, kini ada 4 istilah tsunami. Pertama, ialah tsunami politik yang pernah disebut oleh arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, apabila pembangkang berjaya menafikan majoriti 2/3 BN dengan menawan 5 negeri pada pilihan raya ke-12. Akibatnya ditubuhkan Pakatan Rakyat dianggotai PKR, PAS dan DAP.

Istilah tsunami politik itu kemudian dikaitkan dengan kaum. Apabila Pakatan Rakyat dapat mengekalkan kedudukannya dari segi menafikan majoriti 2/3 BN dalam pilihan raya umum ke-13, maka ia disebut oleh penganalisis sebagai tsunami Cina kerana undi kaum itu dengan kuat menolak BN khususnya MCA dan Gerakan.

PAS Bakal Buat Kejutan PRU14.. Ini Buktinya? 


Kini dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14, timbul istilah tsunami Melayu dengan andaian bahawa banyak orang menolak Umno.

Dari segi penggunaan istilah kaum terhadap tsunami, boleh disebut pada pilihan raya tahun 2008 itu, ia juga merupakan tsunami India. Ini kerana orang India umumnya menolak MIC hingga turut menumbangkan presidennya, dan seterusnya menyumbang kepada kejayaan Barisan Alternatif dan DAP.

Kini giliran Melayu?

Perlu diingat, gerakan menolak MIC dan BN dipertegaskan melalui gerakan Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) yang mengadakan perhimpunan besar setahun sebelum pilihan raya itu.

Jadi pilihan raya umum ke-12 terdapat elemen tsunami India dan pilihan raya umum ke-13 adalah tsunami Cina. Maka banyak pihak menjangkakan akan berlaku tsunami Melayu bagi pilihan raya umum ke-14 ini.

Itulah yang diharapkan oleh PH khususnya parti Melayu di dalamnya iaitu PKR, Amanah dan PPBM.

Tetapi bagi PAS, ia mengharapkan bukan semata-mata tsunami Melayu, tetapi tsunami hijau. Hijau di sini bermaksud Islam menurut pemahaman PAS. Walaupun Islam itu satu dan fahaman orang Melayu terhadap agama adalah serupa, iaitu dari segi mazhab yang dipegang sama tidak kira seseorang itu penyokong PAS, PKR, Amanah, PPBM atau Umno. Sungguhpun begitu, terdapat perbezaan dari segi pendekatan.

Ada istilah untuk merujuk pendekatan berbeza ini. Antaranya ialah konservatif, demokrat, progresif, nasionalis dan sekular. Tetapi ia kurang tepat untuk digunakan.

Islam yang berbeza

Bagi memudahkan perbincangan, wajar juga untuk merujuknya dengan mengatakan ia adalah menurut pendekatan Islam yang dipegang oleh pemimpin parti berkenaan.

Umpamanya pendekatan Islam menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau gemar memanggil dirinya Muslim demokrat. Atau Islam Dr Mahathir Mohamad. Fahamannya tergambar dalam ucapan beliau mengenai agama.

Atau Islam Mohamad Sabu, yang mana kumpulannya ketika dalam PAS disebut sebagai progresif.

Atau Islam Datuk Seri Najib Razak yang mengutarakan konsep wasatiyyah.

Akhir sekali Islam Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang banyak pihak merujuknya sebagai konservatif.

Maka kalau pendekatan Islam itu dibahagi kepada 2 saja, maka ia boleh disebut sebagai sederhana dan konservatif. Maka PAS adalah parti konservatif sementara yang lain itu adalah sederhana.

PAS Bakal Buat Kejutan PRU14.. Ini Buktinya? 


Tetapi bagi sesetengah pihak, konservatif ini adalah ekstrem. Istilah untuk memburukkan mereka adalah “Taliban”. Bagaimanapun, istilah konservatif adalah paling wajar untuk memudahkan perbincangan.

Tsunami konservatif PAS

Jadi apa yang disebut sebagai tsunami hijau adalah pendekatan konservatif yang dianjurkan oleh PAS. Antara ciri fahaman ini ialah apa yang diperjuangkan oleh PAS sejak parti itu keluar dari Pakatan Rakyat dan berpecah hingga tertubuhnya Amanah.

Antara perkara utama perjuangan PAS ialah rang undang-undang meminda Akta 355. Ia adalah usaha rasmi bagi proses melaksanakan hudud. Kemudian perkara lain yang dianggap sebagai perjuangan nahi mungkar seperti menentang konsert dan pesta arak.

Tsunami hijau boleh berlaku jika majoriti orang Melayu berfahaman konservatif seperti apa yang disebut di atas.

Tetapi pada asasnya, orang Melayu tidak berfahaman konservatif. Sebab itu sejak merdeka lagi, PAS tidak dapat mengalahkan Umno. Walaupun kemudiannya, sebahagian anak muda Melayu yang berpelajaran sekular menyertai PAS, tetapi tidak semua menjadi konservatif. Sebahagiannya adalah progresif.

Keupayaan PAS mengalahkan BN di beberapa kawasan dalam pilihan raya tahun 1990 dan 1999 adalah kerana perpecahan Umno. Sementara kejayaan PAS di banyak kawasan pada 2008 dan 2013 adalah kerana antara lain undi orang bukan Islam.

Apabila PAS menyingkirkan pemimpin progresif, maka ia muncul sebagai parti yang bertambah konservatif. Golongan progresif yang menubuhkan Amanah ini sudah menjadi seteru kepada PAS. Tentunya PAS menjadi lebih kecil daripada dulu.

Tetapi dalam waktu yang sama, kekuatan PAS tidak merosot. Walaupun ia mungkin tidak mencapai kedudukan seperti sebelum perpecahan dulu, tetapi parti itu mendapat sokongan baharu daripada anak muda.

Ini kerana, melalui pemerhatian termasuk daripada alam siber, dapat dirasakan bahawa masyarakat Melayu semakin bertambah konservatif. Termasuk anak muda. Walaupun mungkin mereka bukan majoriti, tetapi mereka adalah vokal.

Daripada sekolah agama termasuk tahfiz, lahirlah generasi konservatif yang akan menyokong PAS. Termasuklah ibu bapa mereka yang juga konservatif, walaupun pada mudanya mereka tidak demikian. Inilah dia bakal penyumbang tsunami hijau itu.

PAS Bakal Buat Kejutan PRU14.. Ini Buktinya?  Dalam perhimpunan terkini PAS di Terengganu, juga disaksikan betapa pelajar tahfiz yang mana tenaga pengajarnya serta ibu bapanya adalah golongan konservatif dikerahkan untuk hadir.

Mereka inilah yang akan jadi bakal aktivis dan pengundi PAS. - fmt




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS Bakal Buat Kejutan PRU14.. Ini Buktinya?"

Posting Komentar