Loading...
Putrajaya: Menteri Pendidikan, Dato Seri Mahdzir Khalid di dalam satu kenyataan melalui laman media sosial beliau mendakwa, terdapat pihak-pihak tertentu yang selalu melemparkan pelbagai persoalan dan ragu terhadap kebolehan dan integriti warga pendidik.
Beliau yang mewakili warga pendidik tidak menyalahkan mana-mana pihak sekiranya persoalan-persoalan ini mempunyai bukti. Menurut beliau, Kementerian Pendidikan sendiri mempunyai agensi yang bertanggungjawab menguruskan salah laku para pendidik seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.
Sehubungan dengan itu, beliau berpesan agar tindakan terbaik dalam melawan semula tohmahan ialah dengan memberikan fakta dan juga perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Setiap warga pendidik perlu mematuhi etika kerja yang telah ditetapkan sebagai sebahagian daripada penjawat awam di negara ini.
Beliau juga berharap agar pendidik juga dapat memberi penerangan berhemah dalam membenteng dan menangkis kritikan yang melulu terhadap perkhidmatan pendidikan.

0 Response to "Lawan tohmahan dengan fakta - Mahdzir"
Posting Komentar