Loading...
Raja Puan Besar Perak Mangkat. Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, mangkat pada jam 5.07 petang tadi. Pengumuman tersebut diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebentar tadi menerusi satu kenyataan media.
Beliau berkata, sebagai tanda bersedih dan dukacita dengan kemangkatan almarhumah, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitah negeri Perak akan berkabung sehingga selesai permakaman dan bendera negeri Perak Darul Ridzuan hendaklah dikibarkan separa tiang.
Raja Puan Besar Perak Mangkat. "Jenazah Almarhumah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku akan disemayamkan di Istana Ar-Ridzuan, Jalan Raja Di Hilir, Ipoh.
"Rakyat jelata boleh memberi penghormatan terakhir mulai jam 10 pagi hingga 11.30 pagi manakala bagi pembesar negeri dan orang kenamaan bermula jam 11.30 pagi.
"Saya mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhumah Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh ALLAH SWT dalam kalangan para solehah," katanya.
Raja Puan Besar Perak Mangkat
Zambry berkata, jenazah almarhumah akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.
Raja Puan Besar Perak Mangkat. Almarhumah Raja Nor Mahani,75, merupakan isteri Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa. - sinar
Iklan
Loading...
0 Response to "Raja Puan Besar Perak Mangkat"
Posting Komentar