Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Mohamad Sabu memberitahu gabungan itu menerima surat daripada polis semalam memaklumkan tidak bersetuju dengan pemilihan Padang Timur sebagai lokasi Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi pada Sabtu ini.
Dalam satu sidang media pagi ini, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata PH akan menulis surat kepada polis untuk meyatakan kerjasama dengan pihak berkenaan untuk memastikan keadaan trafik berjalan dengan lancar.
“Kami menerima surat dari polis semalam berkata tempat himpunan ini tidak sesuai kerana masalah trafik. Kami akan tulis surat kepada polis dan menyatakan kerjasama dengan mereka melalui unit pengawal pemuda PH di samping anggota keselamatan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) untuk memastikan aliran trafik terkawal pada 14 Oktober nanti,” katanya di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sini.
Mat Sabu juga menegaskan pemilihan Padang Timur itu sesuai memandangkan ia berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam.
Terdahulu petang semalam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din memaklumkan pihaknya tidak bersetuju dengan pemilihan Padang Timur sebagai lokasi himpunan berdasarkan faktor mengganggu penumpang sistem transir aliran ringan (LRT) di Taman Jaya dan perkhidmatan bas di sekeliling kawasan itu.
Related Posts :
GAMBAR TUN DR MAHATHIR TIDAK BOLEH DIHALANG DI ATAS BAHAN KEMPEN PRU-14 !!
Wahai Rakyat Malaysia yg prihatin, AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Pada 26.04.2018 ianya telah dilaporkan oleh MALAYS… Read More...
[Video Daim: Pangkah mata, sebab dacing tipu] Najib kian terdesak! Rais Yatim dah berkempen di Jelebu, Rafidah meminta rakyat menyokong PH, Daim juga dah berkempen di Selangor dan Kedah...Mereka yakin kebangkitan rakyat akan menghumbankan UmnoBN & 'Omar-Abduh' Islam ajar adik hormat abangRabu, 2 Mei 2017
Anwar Ibrahim
30 min ·
DS Najib kian terdesak. Bahtera BN kian ditinggalkan.TS Rais Yatim d… Read More...
[Video Azmin 'pijak' Telok Gong-kubu kuat Umno] Surat rasmi sahkan Yaakob calon Penaga tidak bankrap & Najib membuli rakyat, bohong mengenai subsidi minyak, kata Rafizi.Selasa, 1 Mei 2018
Surat rasmi sahkan Yaakob tidak bankrap
Imej surat daripada Jabatan Insolvensi yang dipaparkan di laman Facebook Anwar… Read More...
[Video Mat Sabu-SPR Barua Najib & Pakatan Pas-Umno buktinya Pas tak bertanding di DUN Rantau] Bersama BN-HABISLAH NEGARAKU! Lebih banyak kerja baru diambil PEKERJA ASING & Gambar pon takut, belon takut, lepas ni video pon takut agaknya? Inilah PTK-Pahlawan Taik Kucing.Selasa, 1 Mei 2018
Kelab Che Det
Suka Halaman Ini · 2 jam ·
Gambar takut, belon takut, lepas ni video… Read More...
Tun Daim: Undi PH, Jangan Undi Dacing, GST Government Sudah Tipu
PRU14 | Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin memeriahkan lagi suasana kempen menjelang PRU ke-14 apabila muncul memberikan sok… Read More...
0 Response to "Polis beritahu lokasi himpunan tak sesuai - Mat Sabu"
Posting Komentar