Loading...

[Video Faizal Azumu (BERSATU) - HAPUSKAN KEMISKINAN bukan bantu orang miskin!] Bersatu berjaya tarik sokongan besar pengundi Melayu – Muhyiddin.

Loading...
Selasa, 31 Oktober 2017

Image result for Foto Pakatan Harapan

Bersatu berjaya tarik sokongan besar pengundi Melayu – Muhyiddin

Bersatu berjaya tarik sokongan besar pengundi Melayu - Muhyiddin

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa masa telah membuktikan yang partinya membuat keputusan tepat dalam mengehadkan keahlian penuh kepada kaum Bumiputera sahaja.
Bercakap pada forum di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam, bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau tidak ragu-ragu PPBM telah menarik banyak sokongan daripada kalangan Melayu untuk Pakatan Harapan.
“Ia 1 strategi yang telah berjaya,” kata beliau.
“Kami kini melihat orang Melayu yang bertali arus menyokong PPBM dan akhirnya menyokong Pakatan.”
Pakatan Harapan dianggotai PPBM, PKR, Amanah dan DAP.
Beliau mendakwa keadaan itu menyebabkan Umno rasa terancam dan ia juga merupakan faktor Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan “bajet populis” kelmarin.
Menjelaskan bagaimana barisan pengasas PPBM mengambil keputusan untuk menggunakan sistem keahlian yang unik itu, Muhyiddin memberitahu:
“Pada PRU13, Pakatan Rakyat berjaya memenangi 52% undi popular tetapi Barisan Nasional mengekalkan kuasa walaupun dengan hanya 48% undi popular kerana kedudukan kawasan-kawasan berstruktur.
“Dalam perbincangan awal di kalangan ahli-ahli pengasas, kami melihat aspek ini dan kami melihat Pakatan Rakyat memenangi undi popular kerana sokongan utama yang mereka dapat daripada orang Cina dan India. Tiada tsunami Melayu.
“Bersatu (PPBM) mendapati sebab bagi (keadaan) ini adalah ketakutan yang Umno telah tanam di kalangan orang Melayu sejak bertahun-tahun yang lalu bahawa satu-satunya parti yang akan menjaga mereka adalah Umno.”
Justeru, kata Muhyiddin, tidak masuk akal untuk berfikir bahawa orang Melayu akan menderita sekiranya Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum akan datang.
“Majoriti ahli Pakatan Harapan adalah orang Melayu,” katanya, sambil menambah, DAP adalah parti yang terlalu kecil untuk mempengaruhi keputusan mengenai penubuhan sebuah kerajaan persekutuan Pakatan walaupun ia mahu.
“Pada PRU13, DAP bertanding di 50 kerusi,” katanya.
“Untuk memenangi PRU14, kita memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi.
“Tidak mungkin (pemimpin veteran DAP) Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri yang akan datang. Perdana menteri adalah seorang Muslim Melayu.”
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Faizal Azumu (BERSATU) - HAPUSKAN KEMISKINAN bukan bantu orang miskin!] Bersatu berjaya tarik sokongan besar pengundi Melayu – Muhyiddin."

Posting Komentar