Loading...
PH Perak lapor SPRM isu MB terima anugerah esok
Pakatan Harapan Negeri Perak akan membuat laporan serta menyerahkan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung pembayaran oleh Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Negeri Perak dalam isu anugerah Ikon Brandlaureate yang diterima Menteri Besar, di Pejabat SPRM Perak di Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya pagi esok pada jam 10 pagi.
Menurut Setiausaha Politik kepada Pengerusi AMANAH Negeri Perak, Safarizal Saleh, laporan dan serahan bukti itu akan dibuat oleh Angkatan Muda Pakatan Harapan negeri itu.
“Siaran langsung penyerahan laporan dan bukti itu juga boleh diikuti secara langsung melalui: http://ift.tt/2xF2rh8,” katanya dalam kenyataan media semalam.
Malaysia Dateline
Loading...
0 Response to "[Video UmnoBN tak boleh diharap, tapi kita ada HARAPAN] PH Perak lapor SPRM isu MB terima anugerah (Ikon Brandlaureate) esok jam 10 pagi."
Posting Komentar