Loading...
Amanah, Bersatu Menang PRU14.. Ini Petandanya. Penganalisis berpendapat peluang parti Amanah dan Bersatu menang pada PRU14 nanti masih ada, namun bergantung kepada keadaan semasa.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata, kedua-dua parti berkenan mempunyai peluang sekiranya terdapat undi protes dalam kalangan rakyat Malaysia.
Amanah, Bersatu Menang PRU14.. Ini Petandanya. "Kedua-dua parti belum diuji dalam PRU. Sekiranya ada undi protes yg besar, kemungkinan Amanah dan Bersatu mempunyai peluang dalam PRU14," katanya kepada Sinar Online.
Dalam pada itu, ketika ditanya adakah kemungkinan BN atau pembangkang bakal kehilangan mana-mana negeri, Mohd Azizuddin berkata, perkara itu sukar untuk diramalkan.
"Sukar diramalkan negeri mana akan jatuh," katanya lagi. Dalam pada itu katanya, PRU14 akan menjadi salah satu PRU yang paling sengit.
Amanah, Bersatu Menang PRU14.. Ini Petandanya
"Ia akan menjadi ibu segala PRU. Dan Sekarang ketidaktentuan terlalu banyak," katanya.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan PRU14 bakal diadakan selepas perayaan Tahun Baharu Cina tahun hadapan.
Amanah, Bersatu Menang PRU14.. Ini Petandanya. Ahmad Zahid dalam ucapannya ketika merasmikan Tokong Teoh Fu Kiong di Hutan Melintang, pagi tadi, menggunakan perkataan hari besar seolah-olah merujuk kepada PRU14 yang masih belum diketahui tarikhnya. - sinar
Iklan
Loading...
0 Response to "Amanah, Bersatu Menang PRU14.. Ini Petandanya"
Posting Komentar