Loading...
Mohd Amar Nik Abdullah kata pengumuman ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah menyertai BERSATU itu menunjukkan beliau seorang ahli politik yang gentleman, berbanding (Anggota Parlimen) Pokok Sena (Datuk Mahfuz Omar).
"Itu lebih baik untuk PAS. Berbanding mereka yang duduk dalam PAS tetapi merosakan parti," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
"Sama saja beliau masuk BERSATU, AMANAH atau DAP. Sebab kita tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan ketiga-tiga parti itu," ujarnya di sini
Mohd Amar membangkitkan 3 perkara diatas sebagai reaksinya terhadap Amiruddin Hamzah yang keluar Pas dan menyertai BERSATU.
Reaksi Timb MB Kelantan itu jelas menunjukan kejengkelannya terhadap Dato Mahfuz Adun Pokok Sena yang masih terus bersama Pas walaupun sering mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan degan Pas.
Mohd Amar menyifatkan Dato Mahfuz dan 'mereka yang duduk dalam PAS tetapi merosakan parti' tidak gentleman macam Amiruddin yang isytihar keluar parti untuk menyertai BERSATU.
Mohd Amar menyifatkan kemasukan Amiruddin samada BERSATU, AMANAH atau DAP adalah sama saja sebab Pas tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan ketiga-tiga parti itu. Kenyataan secara tidak langsung menjelaskan kepada kita bahawa Pas hanya bekerjasama dengan Umno Bn!
Huh! Tak tahu pula kita, rupa-rupanya ada ramai lagi yang macam Dato Mahfuz yang masih bercongok dalam Pas. Antaranya ialah ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa! Ingatkan hanya Dato Mahfuz sorang saja lagi yang masih kekal bersama Pas!
Dan mereka ini, kalau ikut kata Mohd Amar, adalah perosak parti tapi masih disimpan buat apa?
Malangnya bagi sebuah parti yang mengaku mengamalkan politik matang sejahtera tapi dalam menghadapi masalah anggota yang dianggap merosakan parti tapi tidak ada mekanisma untuk mendepaninya.
Pas seolah-olah tidak punya badan disiplin untuk mengambil tindakan keatas anggota parti yang Pas sendiri seperti kenyataan Mohd Amar alah perosak parti.
Walupun Dato Mahfuz telah dilabel sebagai anggota yang telah melanggar disiplin parti, tapi kenapa Pas takut mahu mengambil tindakan keatas Dato Mahfuz?
Ini membuktikan kepada kita semua bahawa Badan Disiplin Pas tidak berfungsi langsung.
Badan Disiplin Pas ini bukan sahaja gagal berdepan dengan kes Dato Mahfuz malah gagal untuk menyoalsiasat Ketua Dewan Ulama Pahang, Mokhtar Senik yang telah sekian lama dihebohkan dengan skendal menunjukan tottenya di internet!
Pas perlu bertindak samada membersihkan nama Mokhtar Senik jika ianya difitnah atau menghukumnya jika dia didapati benar melakukannya.
Kalau Pas benar-benar gentleman, ambillah tindakan keatas Dato Mahfuz dan soalsiasat Mokhtar Senik secara tuntas!
Dalam kes Mokhtar Senik, Pas boleh jemput sekali individu yang membuat tuduhan terhadap Mokhtar Senik. Individu tersebut pun telah acapkali mencabar Mokhtar Senik supaya menyamannya, tapi Mokhtar Senik kecut telor tak berani menyambut cabaran tersebut.
Pas patut berasa malu kerana kalau di peringkat sekolah pun, ada badan disiplin sekolah yang akan mengambil tindakan ke atas murid yang melanggar disipli sekolah. Murid yang nakal mungkin disebat dengan rotan dan yang melanggar disiplin yang lebih serius seperti membuli , peras ugut atau kuat ponteng mungkin digantung persekolahan atau dibuang sekolah.
Tetapi Pas terus menyepi tak ambil apa-apa tindakan keatas Moktar Senik yang tunjuk tote di internet... tak ambil tindakan keatas Presiden sendiri yang kuat ponteng sesi parlimen... kah! kah! kah!
Ternyata Pas bukan sahaja parti yang tidak gentleman malah ia adalah parti bacul dan dayus!
Loading...
0 Response to "Bukti Pas adalah parti bacul dan dayus!"
Posting Komentar