Loading...

[Video BN DIAMBANG KRITIKAL~Khairy Akui Pru-14 Sukar ('Kepala Hotak Kau')] ARAHAN SEGERA PRESIDEN: Gerakkan Misi Banjir Pantai Timur & Kata pelajar 'slow learner' masuk UiTM, BERSATU kecam Ku Nan.

Loading...
Rabu, 29 November 2017

Foto Parti Amanah Negara.


ARAHAN SEGERA PRESIDEN: GERAKKAN MISI BANJIR PANTAI TIMUR
Banjir sedang melanda beberapa negeri khususnya di Pantai Timur termasuk Kelantan dan Terengganu. Selain itu beberapa kawasan di Johor juga mula ditenggelami air.
Saya menyeru semua pimpinan Parti Amanah Negera (AMANAH) khasnya Biro Kebajikan Kemanusiaan dan Bencana Alam (BKKBA) yang diketuai Naib Presiden Ustaz Hassanuddin Yunus dan BKKBA negeri-negeri mengaktifkan usaha membantu mangsa banjir sedaya termampu.
Pasukan sukarelawan ARiF hendaklah digerakkan sepenuhnya untuk membantu mereka yang terlibat dengan malapetaka dan banjir yang sedang melanda di negeri-negeri tersebut.
Pasukan AMANAH harus memberikan kerjasama penuh kepada agensi kerajaan negeri mahupun persekutuan, rakan-rakan parti dalan Pakatan Harapan serta NGO yang turut serta dalam menyampaikan bantuan.
Saya mengharapkan semuanya mengambil perhatian dan dapat menggerakkan segala kekuatan dalam usaha membantu masyarakat yang ditimpa musibah banjir ini. Setiap dari kita adalah duta kepada parti. Tonjolkanlah sikap peduli yang kita sering laungkan.
Kepada mangsa yang terlibat, saya doakan semoga tabah dan dipermudahkan segala urusan. Sentiasa ambil langkah-langkah keselamatan seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa.
Mohamad Sabu
Presiden 
Parti Amanah Negara
28 November 2017


Kata pelajar 'slow learner' masuk UiTM, BERSATU kecam Ku Nan


Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengecam kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang menyifatkan Universiti teknologi Mara (UiTM) sebagai tempat mereka yang kurang cemerlang dalam pelajaran.
Ketuanya Syed Saddiq Syed ABdul Rahman berkata, kenyataan itu ternyata menghina universiti yang telah banyak menyumbang kepada negara, serta ratusan ribu graduannya.
"Ini merupakan penghinaan kepada pelajar yang menuntut di UiTM.
"Pengorbanan ratusan ribu graduan inilah yang banyak mencurahkan jasa dan bakti untuk membangunkan negara," katanya dalam kenyataan, hari ini.
malaysiakini.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video BN DIAMBANG KRITIKAL~Khairy Akui Pru-14 Sukar ('Kepala Hotak Kau')] ARAHAN SEGERA PRESIDEN: Gerakkan Misi Banjir Pantai Timur & Kata pelajar 'slow learner' masuk UiTM, BERSATU kecam Ku Nan."

Posting Komentar