Loading...

[Video Tun Mahathir "lepas menang PRU14, kita tangkap MO1, okey"] Misi Bantuan Banjir Kelantan-Mehnah dan tribulasi di Parlimen RP & “Lebih banyak orang keluar Pas, kalah pilihan raya”

Loading...
Rabu, 29 November 2017


Foto Mohd Ridzuan Muhamad.
Mohd Ridzuan Muhamad menambah 16 foto dan 2 video — bersama Syam Ghaz dan 15 yang lain.
Mehnah dan tribulasi semasa misi menghantar bantuan bekalan mangsa banjir di Musolla Seberang Merbau..Dun Bukit Tuku..Parlimen RP
Semoga Allah merahmati usaha murni ini..
28.11.2017
Jam 12 t.hari
Foto Mohd Ridzuan Muhamad.

Foto Mohd Ridzuan Muhamad.

Foto Mohd Ridzuan Muhamad.

Foto Mohd Ridzuan Muhamad.

Foto Mohd Ridzuan Muhamad.

Foto Mohd Ridzuan Muhamad.

“Lebih banyak orang keluar Pas, kalah pilihan raya”

Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin menyifatkan dakwaan kononnya tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah melanggar bai’ah apabila menyertai Bersatu datang daripada pemikiran pentaksub Pas.

Menurutnya, tanggapan yang mengaitkan keputusan Ketua Pembangkang Dun Kedah itu dengan bai’ah atau janji sumpah setia untuk memberi ketaatan menjadikan Pas lebih mudah tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Lebih separuh Ahli Jawatankuasa Pas Sesi 2013 – 2015 meninggalkan parti yang hilang hala tuju itu.

Terbaca komen seorang ahli Pas yang ada PhD yang juga rakan saya semasa dalam DPP Pusat dulu berkaitan tindakan Amiruddin masuk PPBM, katanya, ‘Dia bukan langgar janji dengan Pas tapi langgar bai’ah dengan Allah’.”
“Entah apa-apa cara berfikir pentaksub Pas. Cara berfikir sebegitu elok benar terus disuburkan dalam Pas supaya lebih banyak orang keluar Pas dan Pas lebih mudah kalah dalam pilihan raya akan datang,” bidasnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, Kedah bukan lagi negeri yang selamat bagi Pas susulan daripada keputusan beberapa pimpinan Pas negeri tersebut untuk meninggalkan parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Sebaliknya, tegas Zolkharnain, Kedah yang mempunyai 36 kerusi Dun dan 15 kerusi Parlimen itu bakal dikuasai Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang.
“Pas Kedah kehilangan seorang lagi ‘jurutera’ politik selepas mereka kehilangan seorang jurutera (Pahrolrazi) dan seorang doktor (Ismail) yang bersama AMANAH.
“Dengan izin Allah, sejarah kejatuhan BN Kedah akan berulang. Bukan jatuh kepada Pas tapi kepada Pakatan Harapan, kerana Kedah yang banyak pondok dan padi bukan lagi kubu Pas,” ujarnya.
Beliau berpendapat kegagalan mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa yang mesra Pakatan Harapan juga bukti situasi Pas Kedah pada masa ini.
“Diamnya Pas daripada memecat Mahfuz dan Nasir adalah bukti Pas Kedah semakin muram,” bidas bekas Adun Santan di Perlis itu lagi.
Selepas dua hari pelancaran AMANAH pada 16 September 2015 dengan menyaksikan 16 daripada 17 Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Sesi 2013 – 2015 meninggalkan Pas, Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan panjang berkenaan bai’ah.
“Pas telah mensyaratkan bai’ah yang dimasukkan di dalamnya sumpah dan laknat dengan penegasan lafaz Allah menjadi saksinya.
“Lafaz baiah dalam parti yang berjuang menegakkan Islam seperti Pas adalah beramal dengan Al-Quran, as-sunnah dan ijtihad para ulama muktabar yang disahkan oleh ahli majlis syura ulama yang sangat dihormati oleh semua pemimpin, ahli dan penyokong Pas yang istiqamah,” katanya.
Tambah Ahli Parlimen Marang itu lagi, bai’ah lebih mewajibkan Pas tidak menukar akidah perjuangan Islamnya atau membenarkan kedudukan Islam yang wajib memimpin negara dicabar.
Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh FakhruraziPas Kedah pada Julai lalu mengumumkan partinya akan bertanding di kesemua Dun dan Parlimen pada PRU-14.
Bagaimanapun, kata Fakhruddin, keputusan muktamad mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi tertakluk kepada kehendak Pas Pusat dengan mengambil kira kewujudan blok Gagasan Sejahtera.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebelum Pas berpecah, parti itu hanya menang sembilan daripada 24 kerusi Dun dan satu daripada lapan kerusi Parlimen yang ditandingi.
Malaysia Dateline
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Tun Mahathir "lepas menang PRU14, kita tangkap MO1, okey"] Misi Bantuan Banjir Kelantan-Mehnah dan tribulasi di Parlimen RP & “Lebih banyak orang keluar Pas, kalah pilihan raya”"

Posting Komentar