Loading...
shahbudindotcom
Berikutan rungutan serta kecaman pelbagai pihak mengenai perlaksanaan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia atau IMAMS, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan yang memperkenalkan sistem tersebut tampil dengan kenyataan terbaru meminta syarikat tersebut memastikan kakitangan syarikat itu hanya terdiri daripada mereka yang beragama Islam.
Kata kementerian itu, ia adalah bagi melindungi kepentingan dan sensitiviti agama Islam dalam perlaksanaannya.
Selain itu, menurut kenyataan Kemeterian Kebudayaan dan Pelancongan lagi, lembaga pengarah syarikat IMAMS adalah daripada warganegara Malaysia yang beragama Islam, manakala pemegang sahamnya terdiri daripada warganegara Malaysia beragama Islam dan syarikat-syarikat tempatan.
Sebenarnya, dalam isu pengenalan IMAMS ini ada dua perkara yang menjadi rungutan dan kecaman orangramai.
Pertama, COO syarikat tersebut sebagaimana dalam tandatangan suratnya yang tersebar luas kepada syarikat-syarikat pengendali umrah, adalah didapati bukan beragama Islam.
Gambar-gambar beliau yang diambil daripada laman Facebooknya juga disebarkan untuk menyokong perkara itu.
Jika COOnya bukan Islam, kebiasaannya tentulah pemilik dan pemegang saham syarikat itu juga dipegang secara majoriti atau sepenuhnya oleh bukan Islam. Ahli lembaga pengarah hanyalah lantikan semata-mata.
Apakah tiada syarikat orang Islam yang mampu mengendalikan urusan ibadah orang Islam sendiri?
Kenapa syarikat tersebut yang dipilih oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan?
Kroni siapa syarikat tersebut?
Meskipun kementerian menggesa syarikat tersebut memastikan kakitangannya mesti beragama Islam, tetapi bagaimana dengan pemilikan dan pemegang sahamnya?
Apa guna jika hanya kakitangan beragama Islam, tetapi pemilik dan pemegang sahamnya bukan Islam?
Di mana suara pemimpin Islam dalam kerajaan atau persatuan-persatuan pengguna berkaitan Islam dalam hal ini? Isu kedua yang menjadi rungutan orangramai ialah caj yang dikenakan oleh syarikat tersebut iaitu sebanyak RM90.10 kepada setiap jemaah yang ingin menunaikan umrah.
Caj RM90.10 yang dikenakan itu adalah meliputi bayaran untuk sistem dan pengurusan sebanyak RM45, insurans RM40 dan GST RM5.10.
Hahahaha....tahniahlah kerajaan Malaysian kerana orang pergi umrah pun dah kena GST di era Najib ini!!
Ditolak insurans dan GST yang masuk ke kantung kerajaan yang sentias mendakwa prihatin kepada rakyat, bayangkan berapa syarikat tersebut berjaya mengaut keuntungannya?
Loading...
0 Response to "INI SYARIKAT KRONI SIAPA? BETULKAH SEMUA DALAM SYARIKAT MENGURUSKAN UMRAH INI BERAGAMA ISLAM?"
Posting Komentar